Utama Kesihatan Xiaomi POP Run 2025 kembali dengan Larian Separuh Maraton Baharu dan Cubaan...

Xiaomi POP Run 2025 kembali dengan Larian Separuh Maraton Baharu dan Cubaan Xiaomi Smart Band 10

65
0

Bersempena pelancaran jam tangan pintar Smart Band 10 di pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia kembali lagi dengan acara kecergasan Xiaomi POP Run 2025. Kini untuk tahun ketiganya, acara ini menjanjikan aktiviti yang lebih menarik dan meriah bagi meraikan komuniti kecergasan berteknologi.

Berlangsung pada 26 Julai 2025 di Anjung Floria, Putrajaya, POP Run tahun ini memperkenalkan tiga kategori utama mengikut tahap kecergasan peserta. Ia merangkumi Separuh Maraton baharu yang dibuka penyertaannya kepada pelari lama dan juga baharu.

  • 3KM Fun Run – Laluan kasual dan mesra keluarga
  • Perlumbaan Profesional 10KM –  Untuk pelari serius menguji tahap masing-masing
  • Separuh Maraton 21km – Penambahan baharu untuk atlit berdaya ketahanan dan juga menandakan pencapaian besar Xiaomi di arena kecergasan

Untuk 3,000 peserta pertama mendaftar Xiaomi POP Run 2025 ini, anda berpeluang untuk menerima pek perlumbaan dengan cenderahati eksklusif dan medal penamat. Sertai acara larian menarik ini pada:

  • Tarikh: 26 Julai 2025
  • Masa: 4:00 AM – 9.30 AM (flag off bermula pada 5.00 AM)
  • Lokasi: Anjung Floria, Putrajaya
  • Tempoh Pendaftaran: 1 – 15 Julai 2025
  • Link pendaftaran: https://s.mi.com/LonwMECC

Para peserta juga berpeluang untuk alami bagaimana Xiaomi Smart Band 10 beraksi dengan menjejak metrik dalam masa nyata dan menyegerakkan prestasi melalui aplikasi Xiaomi Fitness.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.