Utama Android Honor HONOR Magic V2 akan tiba secara rasminya di Malaysia pada 16 Januari...

HONOR Magic V2 akan tiba secara rasminya di Malaysia pada 16 Januari 2024

110
0

HONOR secara rasminya telah mendedahkan tarikh pelancaran Magic V2 untuk pasaran Malaysia selepas mengacah kehadirannya pada bulan lepas. Telefon pintar boleh lipat berkenaan pertama kalinya diumumkan pada Julai 2023 dan kini ia akan menemui pengguna di Malaysia.

Magic V2 merupakan telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia sehingga kini dengan berketebalan hanya 9.9mm apabila dilipatkan dan 4.7mm apabila dibuka lipatannya. Di dalamnya ia mempunyai paparan OLED LTPO 7.92-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Manakala untuk skrin luarannya pula ia menggunakan paparan OLED LTPO 6.43-inci dengan kadar penygaran semula 120Hz juga.

Oleh kerana model ini pertama kali diumumkan pada tahun lepas, ia menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Telefon pintar boleh lipat ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W.

Fotografinya pula ia dilengkapkan dengan kamera utama 50MP, kamera telefoto 20MP dengan zum optikal 2.5x dan kamera ultra lebar 12MP. Kedua-dua paparan, di dalam dan di luarnya mempunyai masing-masing satu kamera swafoto 16MP.

Magic V2 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Januari ini, jam 8 malam. Beberapa perincian lain seperti warna pilihan, harga dan konfigurasi yang akan ditawarkan di pasaran Malaysia dijangka akan diumumkan di dalam acara tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.