Utama Mobile iOS iPhone SE 16GB kini dijual pada harga RM1,699 di Malaysia

iPhone SE 16GB kini dijual pada harga RM1,699 di Malaysia

1011
4

Harga iPhone kini semakin murah. Tapi untuk iPhone SE aje la. Melalui laman Facebook Switch – antara penjual rasmi produk Apple di Malaysia telah mengumumkan harga iPhone SE 16GB kini dijual pada harga RM1,699. Sebagai perbandingan, harga telefon pintar keluaran Apple berkenaan dijual pada asalnya adalah RM1,945.

Sungguhpun pengurangan harga sebanyak RM250 ini tidak mendatangkan apa-apa kesan bagi pemilik-pemilik iPhone lain, ia tentunya dapat menarik minat pengguna yang ingin mencuba kelainan menggunakan iPhone pada harga yang lebih menjimatkan. Tambahan pula, peranti ini sudah berada di pasaran lebih kurang setahun secara rasminya dan pengurangan harga ini tentunya satu langkah yang amat diperlukan.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Switch yang menawarkan penurunan harga bagi iPhone SE 16GB. Wakil penjual lain seperti Machines dan Apple masih lagi menetapkan harga jualan pada RM1,949. Selain itu, harga untuk iPhone SE 64GB masih lagi kekal pada harga RM2,199.

Untuk maklumat lanjut, layari laman jualan atas talian Switch.

Imej diperoleh dari laman Facebook Switch

4 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.