Home Komputer AMD Halatuju AMD berpendapat RAM DDR5, sokongan USB 4.0 tiba pada 2022

Halatuju AMD berpendapat RAM DDR5, sokongan USB 4.0 tiba pada 2022

195
0

Cakap-cakap mengenai kedatangan standard memori baharu, DDR5 bakal menggantikan DDR4 sudah kedengaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pun begitu, setakat ini masih belum ada lagi pihak yang benar-benar yakin standard baru untuk komputer dekstop dan laptop ini akan memasuki ke pasaran dalam masa yang terdekat.

Berdasarkan dokumen yang didakwa tertiris dari AMD, standard memori DDR5 bakal hadir pada tahun 2022. Dokumen yang dikatakan edaran dalaman AMD tersebut telah sampai ke Ketua Editor Gamer Nexus, Steve Burke.

Menurut Steve Burke, dokumen berbentuk slaid berkenaan menyatakan RAM DDR5 akan berada di pasaran pada 2022. Selain itu, platform pada masa itu dijangka akan mengekalkan antaramuka PCIe 4.0. Ia juga dikatakan perlu digandingkan dengan senibina AMD Zen 4 pada masa itu.

Bagaimanapun, Steve Burke tidak menunjukkan pada bahagian slaid mana yang mengatakan tentang DDR5 tersebut.

Platform pada tahun 2022 itu nanti juga dikatakan akan memperkenalkan sokongan untuk standard baharu USB 4.0.

Seperti mana pelan perancangan dan perincian yang lain, hal ini mungkin akan berubah bergantung dengan perubahan keadaan semasa dalam tempoh tahun-tahun yang mendatang nanti. Oleh itu, segalanya bergantung pada keadaan semasa.

RAM DDR5 buat masa ini hanya ada pada telefon-telefon pintar tertentu seperti siri Samsung Galaxy S20 da OnePlus 8 Pro. Selain itu, pengeluar semikonduktor Korea Selatan, SK Hynix sedang membangunkan standard memori baru yang mapu mencapai frekuensi setinggi 8,400MHz.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.