Utama Mobile Aplikasi GrabMart kini sedang dalam percubaan di Lembah Klang; Sedia Khidmat Penghantaran Barangan...

GrabMart kini sedang dalam percubaan di Lembah Klang; Sedia Khidmat Penghantaran Barangan Runcit

1119
0

Grab Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pengujian perkhidmatan terbarunya, GrabMart di Malaysia. Sungguhpun perkhidmatan ini dilihat agak baru di sini, Grab telah pun melancarkannya di Thailand pada Ogos lalu.

Sesuai dengan namanya, GrabMart menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna memesan barangan-barangan runcit seperti barangan dapur, buah-buahan, produk kecantikan & kesihatan serta banyak lagi.

Antara syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan melalui GrabMart termasuklah Guardian, Caring, MyNews, MBG, MPH, BIG Pharmacy, Kiara Supermarket dan Utama Florist.

Buat masa ini, GrabMart masih lagi di dalam fasa pengujian dan justeru itu, penawarannya masih lagi terhad di kawasan-kawasan terpilih sekitar Lembah Klang. Damansara Uptown, Bandar Utama, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Mont Kiara, dan Hartamas.

Dari segi bayaran penghantaran, Grab Malaysia menyatakan kadar yang akan dikenakan adalah sekitar RM5 hingga RM9.

Ini bukanlah kali pertama Grab cuba memperkenalkan perkhidmatan penghantaran barang runcit. Pada tahun 2018 dahulu, Grab telah melaksanakan perkhidmatan yang hampir sama dengan kerjasama dengan HappyFresh. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berkenaan dilihat tidak begitu memberangsangkan sambutannya selepas pelancarannya.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.