Utama Komputer Google Chrome akan tandakan laman-laman web perlahan tidak berapa lama lagi

Google Chrome akan tandakan laman-laman web perlahan tidak berapa lama lagi

722
0

Google baru-baru ini telah mengumumkan pelayar web keluarannya mampu mengesan dan menandakan laman-laman web yang perlahan untuk dimuatkan. Pengumuman ini dibuat bersempena Sidang Kemuncak Pembangun Chrome (Chrome Developer Summit).

Pada sidang kemuncak tersebut, Google mencadangkan laman-laman web yang perlahan akan ditandakan dan satu tanda amaran “Loading” akan dikeluarkan bersama-sama notis yang tertera “Usually loads slow”. Bagi laman-laman web yang pantas untuk dimuatkan pula, satu garis penanda kemajuan akan dipaparkan pada sebelah bawah alamat URL bagi menandakan laman tersebut mencapai tahap kelajuan yang dikehendaki.

Bagaimanapun, cara mengenalpasti laman-laman web perlahan ini masih lagi belum dimuktamadkan. Google buat masa ini masih lagi menguji kaedah-kaedah lain termasuk penggunaan “speed-badge” untuk dipaparkan pada laman web.

Google juga dilaporkan sedang mempertimbangkan kaedah latensi pemuat laman sebagai salah satu cara pengukuran. Kaedah pengukuran ini juga boleh digunakan untuk mengesan punca sesebuah laman web berkenaan menjadi perlahan.

Bagi mengoptimakan kelajuan sesebuah laman web, Google mencadangkan penggunaan PageSpeed Insight bagi membantu para pembangun menambahbaik laman-laman web masing-masing.

Kemaskini ciri terbaru ini bagaimanapun masih lagi belum diumumkan tarikh pelaksanaannya.

Sumber berita diperoleh dari Chromium

Artikel sebelum iniPLUS laksanakan sistem RFID bermula 1 Januari 2020; Sokong eDompet Touch ‘n Go
Artikel seterusnyaFINAS gesa Kerajaan pantau kandungan Netflix & Platform Kandungan Digital lain
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.