Google AI Plus di Malaysia kini menawarkan 400GB storan awan pada harga RM23.99 sebulan. Kapasiti storan tambahan ini turut mengekalkan fokus pada gabungan ciri produktiviti, kreativiti dan akses AI dalam satu langganan.

Pelan ini disertakan dengan had penggunaan Gemini yang 2 kali lebih tinggi, akses kepada Omni dalam Gemini dan ciri AI Inbox dalam Gmail yang sedang diperkenalkan secara berperingkat.

Akses kepada Gemini 3.1 Pro dan Deep Research dalam Gemini juga diberikan dengan lebih banyak. Selain itu, bantuan Gemini dalam aplikasi Google untuk tugasan seperti menyemak penulisan dalam Gmail turut disediakan.

Kapasiti storan awanan 400GB yang ditawarkan tersebut merentas Gmail, Google Drive dan Google Photos. Turut disokong perkongsian keluarga dengan sehingga lima lagi pengguna, menjadikannya lebih sesuai untuk isi rumah yang mahu berkongsi storan dan manfaat AI di bawah satu langganan.

Ciri produktiviti dan kreativiti

Bagi aspek kreativiti, Google menyatakan pelanggan AI Plus mendapat lebih banyak akses kepada model penjanaan imej, muzik dan video dalam Gemini serta Google Search.

Untuk pembelajaran dan penyelidikan, pelan ini turut menyediakan lebih banyak akses kepada ciri dan model dalam NotebookLM. Di samping itu disediakan juga keupayaan menghasilkan laporan berbilang halaman dengan lebih pantas melalui Gemini.

Google turut menjelaskan pengguna AI Plus boleh menggunakan ciri seperti aplikasi Gemini, penjanaan video dalam Gemini dan Google Flow. Serta integrasi Gemini dalam Gmail, Docs, Slides, Sheets dan Meet apabila melanggan pelan AI berkenaan.

Google AI Plus diletakkan di bawah Google AI Pro yang menawarkan 5TB storan dan Google AI Ultra yang bermula dengan 20TB storan.

Nama lama Google AI Premium kini telah ditukar kepada Google AI Plus. Namun mengekalkan manfaat utama seperti aplikasi Gemini, NotebookLM dan storan 400GB.

Bagi pasaran Malaysia, penawaran Google AI Plus pada RM23.99 sebulan dengan 400GB storan. Manakala AI Pro pada harga RM97.99 dan AI Ultra RM429.99 sebulan.

Tinggalkan komentar