Pagi ini sebahagian penduduk di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia melaporkan mengalami gegaran. Keadaan yang amat jarang berlaku di Malaysia ini telah dikongsikan oleh kebanyakan pengguna di akaun media sosial masing-masing.
Platform Twitter juga turut dihujani dengan kemaskini status pengguna berkenaan kejadian ini. Kata kunci “earthquake (gempa bumi)” juga telah menjadi sohor kini di Twitter Malaysia hari ini.
Kebanayakn pengguna bertanyakan sama ada turut sama merasai gegaran yang mereka alami. Ini kerana terdapat sesetengah pengguna meragui perasaan tersebut disebabkan tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh masalah berkaitan tekanan darah.
I love how Twitter is the go-to place to verify that it was indeed the ground shaking and not that you're feeling woozy because you haven't had breakfast 💆🏻♀️ #Earthquake
— Dr. Suraya Hazim 🌱 (@SurayaHazim) February 25, 2022
Dilaporkan, gegaran ini mempunyai kaitan dengan gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Sumatera Barat, Indonesia pada jam 9.43 pagi. Gegaran gempa bumi turut dirasai oleh penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan juga Klang.
#Gempa Mag:6.2, 25-Feb-22 08:39:29 WIB, Lok:0.15 LU,99.98 BT (17 km TimurLaut PASAMANBARAT-SUMBAR), Kedlmn:10 Km, tdk berpotensi tsunami #BMKG pic.twitter.com/9QhVcI4I93
— BMKG (@infoBMKG) February 25, 2022
Semenanjung Malaysia pada kebiasaannya diketahui “zon bebas gempa” disebabkan geografinya yang jauh dari kawasan gelinciran seismik yang aktif. Bagaimanapun, kajian terbitan UTM menyatakan Semenanjung Malaysia “kini lebih dekat dengan epicenter dan akan mengalami kesan yang lebih besar di masa akan datang,”
Pada tahun 2015, Sabah pernah mengalami gempa bumi bermagnitud 6.0 dan ia merupakan gempa bumi paling kuat dialami Malaysia sejak gempa bumi di Sabah pada tahun 1976.