Pelan data merupakan perkara yang mustahak bagi kebanyakan pengguna dan ia merupakan kaedah yang paling mudah untuk merapatkan jurang komunikasi. Atas sebab itu, sesetengah pengguna sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan sambungan 5G yang ampuh. Namun, tidak semua pengguna memiliki peranti yang mampu memanfaatkan potensi 5G sepenuhnya.
Untuk itu, Unifi Mobile hadir menawarkan pelan UNI5G Postpaid yang membolehkan anda menikmati sambungan 5G terpantas. Untuk tempoh terhad ini, anda boleh berkongsikannya dengan rakan-rakan dan insan yang tersayang. Pelan pascabayar terbaik ini juga turut menawarkan pemilikan Samsung Galaxy S24 pilihan anda tanpa perlu berbelanja lebih.
Harga Pakej UNI5G Postpaid

Melalui pelan UNI5G Postpaid, anda boleh menikmati data 5G + 4G tanpa had di mana jua anda berada di dalam negara. Bermula dari pilihan asas, UNI5G Postpaid 99 amat sesuai untuk individu yang inginkan ketersambungan data 5G dan 4G tanpa henti bagi memenuhi keperluan hidup digital masa kini. Anda juga boleh mendapatkan panggilan tanpa had dan hotspot sebanyak 100GB untuk dikongsikan bersama peranti lain. Anggota keluarga juga boleh turut serta di dalam promosi khas Unifi ini.
Untuk waktu yang terhad ini, bermula dari RM129 sebulan, anda boleh menerima talian suplimentari percuma dan hotspot 150GB dengan talian di bawah anda juga menerima manfaat yang sama. Selain itu, untuk pelan dari RM129 hingga RM189, anda boleh menambahkan sehingga lima talian suplimentari pada harga RM39 bagi setiap talian.
Apalah maknanya talian berkelajuan tinggi tanpa telefon pintar yang boleh memanfaatkannya. Melalui pelan ini, anda boleh memilih model-model siri Galaxy S24 pilihan anda. Nikmati kelebihan teknologi kecerdasan buatan (AI) Galaxy AI seperti Call Asssist, Writing Assist, Photo Assist, Note Assist, Live Translate, Circle to Search dan banyak lagi bersama-sama ketersambungan terbaik Unifi.
Tambah menarik lagi, buat anda yang mendaftar bersama pemilikan peranti dengan UNI5G Postpaid 99 dan ke atas, anda boleh mendapatkan naik taraf storan 2x secara percuma dan menikmati penjimatan sehingga RM1,900.
Melalui liputan mudah alih seluas 95% di seluruh Malaysia, anda tidak perlu lagi bimbang dengan sambungan terputus-putus apabila mendaftar untuk plan UNI5G Postpaid. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Unifi.













