KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – Para peminat sukan dan filem kini boleh menikmati tawaran kandungan yang lebih banyak dengan pakej baharu Astro, Pek Sports Plus dan Movies Plus. Kedua-dua pek baharu ini mempunyai semua saluran kegemaran anda dan aplikasi penstriman daripada Pek Sports dan Pek Movies seperti beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar dan HBO GO, dan kini turut mempunyai tambahan Netflix serta rancangan Korea dan Seram terbaik dengan serendah RM129.99/sebulan*.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro – Designate, Euan Smith berkata, “Sebagai sebahagian daripada memperluas pengalaman hiburan kami, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua Pek TV baharu – Sports Plus dan Movies Plus, dengan kandungan premium Netflix. Setelah mendengar maklum balas daripada pelanggan dan bakal pelanggan, kami berbesar hati kerana dapat menawarkan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai yang lebih baik dengan cara ini.
Peminat sukan kini boleh menikmati kesemua 64 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 serta perlawanan sukan terbesar dan pada masa yang sama, menonton Netflix dengan lancar bersama Astro. Pelanggan yang melanggan dua Pek baharu ini akan menikmati lebih penjimatan sambil menerokai kandungan yang lebih luas, sekali gus mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi hiburan nombor satu Malaysia.”
Dengan Pek Sports Plus, pelanggan akan mendapat Netflix serta menyaksikan aksi sukan terbesar dalam 4K seperti Piala Dunia Qatar 2022, Liga Perdana, Formula 1, UFC, NBA, Liga Juara-Juara UEFA dan banyak lagi! Pelanggan juga mendapat aplikasi beIN SPORTS CONNECT yang memberikan akses kepada liga bola sepak utama Eropah seperti UEFA Europa League, LA Liga, Ligue 1 dan Serie A secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand, sebagai tambahan kepada lebih 3,000 jam siaran secara siaran langsung sukan tenis termasuk Piala ATP dan Laver.
Pek Movies Plus dilengkapi dengan semua kandungan nilai tinggi yang terkenal di Netflix, sebagai tambahan kepada perkhidmatan penstriman lain termasuk Disney+ Hotstar yang membolehkan pengguna menikmati drama Korea popular The Golden Spoon dan One Dollar Lawyer, rancangan pelbagai Korea THE ZONE: Survival Mission dibintangi oleh Yu Jaeseok, Lee Kwang Soo dan Kwon Yuri dan siri popular terbaru dari Marvel Studios – She-Hulk: Attorney at Law; serta Everything Everywhere All at Once, pengembalian siri perjalanan masa klasik, Quantum Leap dan musim kedua drama fiksyen sains popular, La Brea di HBO GO.
Naib Presiden Kerjasama, APAC, Netflix, Tony Zameczkowski berkata, “Di Netflix, matlamat kami adalah untuk membawa hiburan terbaik kepada pengguna kami dan kami gembira kerana melalui kerjasama yang diperluaskan bersama Astro, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat menikmati pelbagai kandungan yang lebih luas daripada katalog kami — daripada filem Hollywood yang dinanti-nantikan, siri Korea yang sangat digemari daripada pelbagai genre, cerita daripada pengkarya Malaysia dan banyak lagi — juga sebagai sebahagian daripada tawaran sukan dan hiburan yang berkualiti dan dipertingkatkan.”
Sebagai tawaran istimewa pelancaran, pelanggan baharu akan dapat menikmati salah satu daripada kedua-dua pek dengan hanya RM119.99/sebulan* selama 18 bulan! Dengan kemasukan Netflix bermakna anda boleh strim rancangan terbesar seperti thriller komedi yang dibintangi oleh aktres yang memenangi anugerah Jeon Yeo-Bin dan Nana (After School), Glitch; K-Drama percintaan akan datang, 20th Century Girl (21 Oktober); dan kisah aksi fantasi epik serta pengembaraan berdasarkan buku terlaris Soman Chainani, The School for Good and Evil (19 Oktober).
Untuk menambahkan lagi keterujaan, dengan kandungan Seram dan Korea yang turut disertakan dalam pek, anda boleh mula menonton Mental Coach Jegal and Young Actors’ Retreat di tvN; Gaus Electronics dan Blind di K-Plus; dan filem seram komedi tempatan, Hantu Kuat Ketawa dan komedi fantasi The House with a Clock in Its Walls di BOO.
Untuk pengalaman hiburan yang terbaik, langgan Pek Sports Plus atau Movies Plus hari ini dengan melayari www.astro.com.my.
*Tawaran dalam talian RM119.99/sebulan untuk 18 bulan akan berakhir pada 18 Disember 2022 dan hanya ditawarkan kepada pelanggan dengan kontrak 24 bulan. Harga asal RM129.99 akan dicaj selepas 18 bulan. Pek Sports Plus dan Movies Plus disertakan dengan kontrak 0, 12 atau 24 bulan, namun pendaftaran kali pertama untuk Pek Sports Plus dan Movies Plus memerlukan komitmen selama 12 bulan atau lebih. Pilihan kontrak 0 bulan hanya tersedia untuk pembaharuan berikutnya. Tertakluk kepada terma & syarat.