Utama Android Samsung Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G dijual di Pasaran Malaysia pada...

Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G dijual di Pasaran Malaysia pada Harga bermula dari RM1,599

520
0

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G ke pasaran Malaysia tidak lama selepas pengumumannya ke peringkat global pada minggu lepas. Kedua-dua telefon pintar ini merupakan penawaran peringkat menengah pertama dari Galaxy A untuk tahun 2023.

Menampilkan ciri rekaan luaran yang amat mirip dengan siri Galaxy S23, kedua-dua telefon pintar ini diketengahkan dengan ciri fotografi beresolusi tinggi dan bateri berkapasiti besar. Samsung juga masih lagi kekal menawarkan skrin berkualiti tinggi dan kelasakan IP67 untuk kedua-dua model ini, selain turut menawarkan waranti selama dua tahun dari Samsung.

Galaxy A54 5G dikuasakan oleh pemprosesan Samsung Exynos 1380 dan menampilkan skrin Infinity-O 6.4-inci dengan panel Super AMOLED Full HD 120Hz. Untuk fotografi, telefon pintar ini menawarkan kamera utama 50MP f/1.8 dengan sistem penstabil imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar 12MP f/2.2, dan kamra makro 5MP f/2.2 berserta kamera swafoto 32MP f/2.2.Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G Launched-2 (1)

Untuk Galaxy A34 5G pula, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 bersama-sama skrin Infinity-U 6.6-inci dengan panel Super AMOLED Full HD 120. Modul-modul kamera di belakangnya pula mengandungi satu kamera utama 48MP f/1.8 dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 5MP f/2.2. Manakala di sebelah hadapannya pula menampilkan 13MP f/2.2.

Harga Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G di Malaysia

Samsung Galaxy A54 5G dan A34 5G MalaysiaKedua-dua model telefon pintar baharu dari Samsung ini mempunyai RAM 8GB, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Untuk Galaxy A54 5G, ia boleh didapati pada harga RM1,899, manakala Galaxy A34 5G pula ia dijual pada harga RM1,599.

  • Galaxy A54 5G; RAM 8GB, storan 256GB – RM1,899
  • Galaxy A34 5G; RAM 8GB, storan 256GB – RM1,599

Anda boleh membuat pra-tempahan kedua-dua model ini melalui eStore Samsung Malaysia. Bersempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pra-tempahan berpeluang menerima Galaxy Buds Live secara percuma bagi setiap pembelian. Anda juga boleh membeli adapter-adapter terpilih pada harga diskaun 30% dari kedai dalam talian berkenaan.

Selain pra-tempahan secara dalam talian, anda juga boleh membuat pra-tempahan di Samsung Experience Store dan wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G dijadualkan akan dilancarkan ke pasaran bermula 7 April ini.Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G Pilihan Warna

Dalam perkembangan yang sama, kami berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Galaxy A34 5G dan anda boleh mengikuti artikel pandang pertama kami dengan model tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.