Samsung Galaxy A32 A52 A72

Samsung secara rasminya telah mengumumkan tiga model baharu di dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A32, Galaxy A52, dan Galaxy A72. Ketiga-tiga telefon pintar ini menampilkan rekaan minimalis baharu, kamera yang dipertingkatkan dan hayat bateri yang lebih panjang.

Untuk Samsung Galaxy A32, telefon pintar ini menyediakan paparan Super AMOLED 6.4-inci FHD+ bertakuk dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya menggandingkan cipset Mediatek Helio G80 dengan RAM 8GB. Kapasiti storan 128GB yang disediakannya boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui slot kad mikroSD.

Kamera Galaxy A32 mengandungi tetapan kuad-kamera dengan kamera utama 64MP, ultra-lebar 8MP, kedalaman 5MP dan makro 5MP. Pada bahagian hadapannya pula menyediakan sebuah kamera swafoto 20MP.Galaxy-A32-4G

Selain itu, peranti ini menggunakan antaramuka Samsung One UI 3.1 berasaskan Android 11 dan dilengkapkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 15W USB-C. Galaxy A32 juga menawarkan model 5G dengan spesifikasi yang hampir sama, cuma dibezakan pada penggunaan cipset MediaTek Dimensity 720 5G.

Samsung Galaxy A52

Rupa luarannya kelihatan mirip dengan model keluaran sebelumnya, tetapi dengan pelbagai pembaharuan. Paparan telefon pintar ini menyediakan Super AMOLED 6.5-inci FHD+ beresolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Samsung Galaxy A52Telefon pintar ini menggunakan cipset Snapdragon 720G dengan RAM 8GB dan storan 256GB (boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui mikroSD). Boleh dicaskan secara pantas 25W melalui USB-C, telefon ini mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh.

Pada bahagian belakangnya, tetapan kuad-kameranya mengandungi kamera utama 64MP dengan penstabil imej optikal (OIS) dan zum digital 10x. Serta ultra-lebar 12MP, makro 5MP dan kamera berkedalaman 5MP. Untuk kamera swafoto dihadapannya disediakan sebuah kamera 32MP.

Samsung Galaxy A72

Samsung Galaxy A72Model paling tinggi spesfikasinya di dalam siri terbaru ini, Galaxy A72 menampilkan papran Super AMOLED 6.7-inci FHD+. Ianya turut hadir dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Sama seperti Galaxy A52, telefon model ini turut dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 720G, RAM 8GB dan storan 256GB (boleh diperluaskan sehingga 1TB melalui mikroSD). Untuk baterinya, ia hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan sokongan pengecasan pantas 25W USB-C.

Tumpuan utama pada model ini adalah tetapan kuad-kameranya yang menempatkan kamera utama 64MP (OIS), ultra-lebar 12MP, makro 5MP dan telefoto 8MP (3x zum optikal, 30x zum digital). Manakala kamera depannya pula menyediakan sebuah kamera 32MP.

Galaxy A52 dan Galaxy A72 menggunakan One UI 3.1 yang berasaskan Android 11. Telefon yang mendapat penarafan IP67 bagi kerintangan air dan debu ini turut menampilkan pembesar suara stereo ditala khusus AKG dengan sokongan Dolby Atmos.

Terdapat empat pilihan warna ditawarkan untuk ketiga-tiga model Galaxy A ini iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.