Utama Mobile Aplikasi Anda kini boleh menggunakan fungsi pindah WhatsApp dari Android terus ke iPhone

Anda kini boleh menggunakan fungsi pindah WhatsApp dari Android terus ke iPhone

576
0

Salah satu cabaran utama bagi pengguna Android yang ingin beralih ke iPhone adalah kesukaran memindahkan WhatsApp. Bagaimanapun, bermula dari hari ini anda boleh memindahkan data WhatsApp secara terus antara telefon Android dan iPhone.

Diumumkan secara rasminya oleh Mark Zuckerberg, migrasi data ini boleh dilakukan menggunakan aplikasi Move to iOS yang kini boleh didapati menerusi Google Play. Aplikasi berkenaan bukanlah sebuah aplikasi yang baharu, namun penambahan pemindahan data WhatsApp bakal menjadi tumpuan utama pengguna yang ingin berpindah dari Android ke iPhone.

Buat masa ini fungsi berkenaan memerlukan versi Android sekurang-kurangnya 5.0 dan untuk iPhone pula perlu mempunyai versi iOS 15.5 dan ke atas. Selain itu, pemindahan juga perlu dilakukan melalui sambungan secara Wi-Fi dan menggunakan nombor telefon yang sama didaftarkan dengan WhatsApp pada kedua-dua telefon.

Pun begitu, tidak semua maklumat dapat dipindahkan melalui cara ini antaranya mesej yang berkaitan dengan pembayaran, sejarah panggilan WhatsApp, dan nama yang dipaparkan. Masa untuk memindahkan data-data tersebut juga bergantung kepada saiz data yang perlu dipindahkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.