Platform Adobe Flash kini semakin kurang penggunaannya secara beransur-ansur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat-syarikat yang membangunkan pelayar web seperti Apple telah melumpuhkan fungsinya secara lalai (by default) beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, ketika ini masih lagi terdapat malware yang boleh menjangkiti komputer-komputer Mac.
Berdasarkan laporan dari Kaspersky, malware yang dikenali sebagai Shlayer Trojan masih lagi mampu membuat onar pada komputer-komputer Mac. Malware ini menjangkiti dengan ‘menyamar’ sebagai kemaskini Flash Player. Ia akan mengajukan kepada pengguna untuk mengemakini ke versi yang terkini. Walhal, ia sebenarnya akan memasang sebuah trojan pada komputer berkenaan. Seterusnya, membuka ‘pintu belakang’ untuk diakses oleh penggodam.
Malware ini dilaporkan telah menjangkiti pada kadar nisbah 1 dari 10 buah komputer Mac sehingga kini. Malware ini bukanlah sesuatu yang baru diketemukan kerana ia sudah pun mula dikesan sejak dari 2018. Laporan Kaspersky menyebut cara yang digunakan oleh malware ini lebih kepada helah psikologi terhadap pengguna berbanding cara godaman melalui kemahiran teknikal.
“Having studied the Shlayer family, we can conclude that the macOS platform is a good source of revenue for cybercriminals. The Trojan links even reside on legitimate resources — attackers are adept in the art of social engineering, and it is hard to predict how sophisticated the next deception technique will be.”
Sumber berita diperoleh dari Kaspersky