Utama Mobile Aplikasi Pengarah FBI memandang serius kemungkinan TikTok mengumpulkan Data Pengguna

Pengarah FBI memandang serius kemungkinan TikTok mengumpulkan Data Pengguna

540
0
Christopher Wray FBI Director
Christopher Wray - Imej dari Manuel Balce Ceneta, AP

Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (Federal Bereau of Investigation, FBI) Christopher Wray, telah menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan terdapat kegiatan pengumpulan data pengguna oleh TikTok.

Menurut laporan dari AP, beliau bimbang jika kerajaan China boleh secara teorinya boleh memanipulasi algoritma cadangan platform “untuk operasi perisikan tradisional”. Ketika berucap di Universiti Michigan, Wray turut menyuarakan kebimbangan tentang data peribadi pengguna TikTok yang boleh diakses oleh kerajaan China.

Platform media sosial berasaskan video pendek ini kini di bawah pemerhatian kerajaan Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini dicetuskan oleh kebimbangan tentang privasi data dan hubungan yang tegang di antara AS dan China.

Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini pernah cuba menghalang TikTok dari disediakan di gedung-gedung aplikasi pada tahun 2020. Rentetan dari itu terdapat pelbagai usaha yang dilakukan termasuk mewujudkan rang undang-undang baharu untuk dibahaskan di Kongres.

Perkembangan terkini termasuk kenyataan dari Pengarah FBI Christopher Wray ini membayangkan kemelut antara kerajaan Amerika Syarikat dengan TikTok masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.