Utama Mobile Aplikasi Expedia perkenalkan ciri Perancang Perjalanan dikuasakan ChatGPT

Expedia perkenalkan ciri Perancang Perjalanan dikuasakan ChatGPT

482
0
Expedia ChatGPT

Expedia telah menambahkan ciri perancang perjalanan yang dikuasakan oleh alat pemproses bahasa kecerdasan buatan ChatGPT.

Ciri tersebut telah diumumkan kepada para pelabur-pelabur oleh Expedia Group yang juga menguruskan laman web merancang perjalanan seperti Hotels.com, dan sebagainya.

“Pengintegrasian ChatGPT ke dalam aplikasi Expedia dan menggabungkannya dengan keupayaan ciri membeli-belah berasaskan AI kami seperti perbandingan hotel, penjejak harga tiket penerbangan dan alat kolaborasi perjalanan, kami kini menawarkan para pengembara cara yang lebih intuitif untuk mendapatkan perjalanan yang lebih sempurna,” ujar CEO Expedia Peter Kern.

Expedia juga menyatakan kolaborasi dengan syarikat di sebalik ChatGPT, OpenAI ini masih lagi di peringkat ujian beta. Pihaknya juga mengingatkan pengalaman menggunakannya buat masa ini mungkin tidak sama seperti yang dijangkakan.

Ciri ini juga buat masa ini diperkenalkan ke seluruh dunia pada aplikasi Expedia untuk iPhone. Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan ditawarkan kepada peranti Android.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.