Utama Teknologi Awanan Exabytes Menerajui Usaha Bersama MYNIC dalam Memandu Digitalisasi Perniagaan di Malaysia

Exabytes Menerajui Usaha Bersama MYNIC dalam Memandu Digitalisasi Perniagaan di Malaysia

109
0

Kuala Lumpur, 24 Mei 2024 – Exabytes, penyedia utama penyelesaian Perniagaan, Awan, Digital, dan E-dagang serba lengkap di Asia Tenggara, dengan sokongan MYNIC, pendaftar domain rasmi .MY di bawah Kementerian Digital, sedang memajukan digitalisasi perniagaan di Malaysia selaras dengan matlamat transformasi digital negara.

Ini adalah susulan laporan terkini yang menunjukkan bahawa 76% pengguna melawat laman sesawang web perniagaan sebelum membuat sebarang pembelian atau melewati kedai secara fizikal. “Ini menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh kewujudan laman sesawang dalam talian bagi kejayaan sesebuah perniagaan. Dengan ini, kami komited untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan transformasi digital perniagaan di Malaysia untuk pertumbuhan mereka,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, Chan Kee Siak.

Inisiatif ini selari dengan tumpuan kerajaan Malaysia untuk meningkatkan daya saing ekonomi dengan mempercepatkan penerimaan digital dan memperkasakan pengurusan digital. Ini turut dipermudah melalui penubuhan Kementerian Digital pada Disember 2023.

Melalui kolaborasi ini juga lahir peraduan yang hebat. Peraduan ini bertujuan mempercepatkan digitalisasi sambil mempromosikan elektrifikasi mobiliti. Secara khususnya, mana-mana individu atau entiti perniagaan yang mendaftar sambungan domain MYNIC dengan Exabytes untuk langganan selama 5 tahun berpeluang memiliki Tesla Model 3. Peraduan eksklusif ini akan berlangsung sehingga 7 Disember 2024.

Melalui pertandingan ini, setiap invois bagi pengguna yang berdaftar akan secara automatik dimasukkan untuk peraduan. Selain itu, pelanggan yang membelanjakan RM500* dan ke atas untuk sebarang penyelesaian hosting dengan Exabytes, atau pelanggan sedia ada yang memperbaharui nama domain mereka selama 5 tahun dan ke atas akan bakal mendapat satu lagi penyertaan melalui invois mereka.

Sebagai sebuah jenama global yang dipuji kerana inovasinya dalam teknologi kelestarian, Tesla mencerminkan misi Exabytes untuk mendorong inovasi dan pertumbuhan secara digital. Model 3 merupakan sebuah sedan bersaiz sederhana yang dilengkapi dengan teknologi kejuruteraan terkini Tesla, dibina untuk keanggunan dan keselamatan dengan reka bentuk aerodinamik yang baharu dan spesifikasi berteknologi tinggi. Kereta ini, yang mempunyai purata jarak 513 km (WLTP), juga sepenuhnya berkeupayaan untuk ciri autopilot dengan 360 darjah ketelitian pandangan dan Tesla Vision. Model 3 kini dijual pada harga antara RM181,000 hingga RM242,000.

Chan Kee Siak menjelaskan, “Exabytes komited untuk bekerjasama untuk mempromosikan penggunaan domain! Tujuan kami adalah untuk menginspirasi lebih banyak perniagaan dan individu untuk merangkul potensi digital mereka. Bersama dengan peraduan ini, kami akan mengadakan promosi promosi lain yang menarik sepanjang tempoh peraduan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari laman web Exabytes di www.exabytes.my/tesla  sekarang untuk merebut peluang hebat ini! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Exabytes dan rangkaian penyelesaian digital mereka, sila layari https://www.exabytes.my /.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.