Utama Teknologi Permainan PKP: ESKL anjur Esports KL FIFA20, tawar hadiah terkumpul sehingga RM5,000

PKP: ESKL anjur Esports KL FIFA20, tawar hadiah terkumpul sehingga RM5,000

829
0

Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Gamesbond dan Living Mind menganjurkan Kejohanan Esports KL FIFA20: Stay Home & Play Online Challenge.

Peminat sukan elektronik di Malaysia berpeluang merebut hadiah terkumpul RM5,000 di dalam kejohanan yang turut disokong oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Yuran pendaftaran RM10 dikenakan bagi yang berminat untuk menyertai kejohanan FIFA20 kategori konsol ini.

Menurut Presiden ESKL, Encik Hisham Darus, “Bagi mengelakkan orang ramai terutama anak muda ke sana, ke sini, kejohanan ini diharapkan mampu mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.

Beliau turut menambah, kejohanan ini dapat membantu para belia agar duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejohanan FIFA20 ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile. Penganjuran berkenaan diusahakan bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) yang dilancarkan baru-baru ini.

Turut ditawarkan sebagai hadiah bagi kejohanan ini adalah barangan eksklusif FAM dan tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur. Kejohanan ini boleh ditonton secara langsung menerusi laman rasmi media sosial Gamesbound dan ESKL.

Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Gamesbond di talian +60132813963 dan +60125179320 atau emel ke, gamesbond.kd@gmail.com.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.