Express Rail Link (ERL) telah mengumumkan penangguhan sementara perkhidmatannya bermula dari 4 April 2020. ERL menyatakan penangguhan ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka bakal tamat pada 14 April ini.
Sejak dari 25 Mac lalu, ERL telah mengehadkan operasinya dan telah menggabungkan kedua-dua perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit sepanjang tempoh tersebut.
Pada masa yang sama, pengguna yang telah membeli tiket perjalanan selepas 4 April boleh mendapatkan pemulangan dengan menghantarkan tiket yang tidak digunakan menerusi emel ke CustomerEnquiry@KLIAekspres.com
๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฆ๐๐๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ผ๐ณ ๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ฐ๐ฒ๐
KLIA Ekspres & KLIA Transit services will stop operating during the extended Movement Control Order (MCO) period effective Saturday, 4/4/2020.
For more info: https://t.co/fRpeujxVU3 pic.twitter.com/KVelgD78wu— KLIA Transit (@KLIAtransit) April 2, 2020
Pihak ERL juga meminta para pengguna untuk membuat penjadualan alternatif untuk pengangkutan ke kawasan-kawasan dalam lingkungan stesen-stesen ERL. Senarai jadual pengangkutan alternatif turut disediakan oleh pihak ERL bagi kemudahan para pengguna sepanjang tempoh penangguhan ini.













