Utama Mobile Aplikasi Emoji: Teh Boba antara yang akan hadir dalam Senarai terkini

Emoji: Teh Boba antara yang akan hadir dalam Senarai terkini

925
0

Kumpulan baru emoji bakal hadir tidak berapa lama lagi dan teh boba merupakan salah satu emoji yang tersenarai.

Selain dari emoji jenis minuman berkenaan, semalam Konsortium Unicode telah mengumumkan akan menerbitkan 62 emoji terbaru. Konsortium Unicode merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang membakukan bahasa-bahasa pada peranti dan platform digital di seluruh dunia.

Antaranya termasuklah emoji beruang kutub, 55 variasi emoji baru berdasarkan jenis tona warna kulit dan jantina serta teko kecil (~saya teko kecil pendek dan kuat~)

Beberapa tahun kebelakangan ini, Konsortium Unicode telah mengintegrasikan emoji-emoji yang lebih bersifat kepelbagaian dan inklusif. Melalui penambahan emoji teh boba ini, ia merupakan sebahagian dari penambahan senarai terbaru yang menunjukkan lebih ciri majmuk.

Walaubagaimanapun, emoji-emoji baru yang dihasilkan pada kebiasaannya mula tersedia pada peranti-peranti sekitar September. Sehingga itu, kita nantikan pengumuman rasmi dari Konsortium Unicode berkenaan kehadiran emoji-emoji baru ke peranti-peranti.

Sumber berita diperoleh dari Konsortium Unicode

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.