Utama Teknologi Keselamatan Angka kematian Wabak Koronavirus meningkat kepada 170 Orang

Angka kematian Wabak Koronavirus meningkat kepada 170 Orang

464
0

Angka korban yang disebabkan oleh wabak Koronavirus di China dilaporkan telah meningkat kepada 170 orang menurut kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini. Hubei mencatatkan sebagai wilayah yang paling teruk terjejas dengan 37 kematian.

Seramai 7,711 orang di China kini telah disahkan positif jangkitan dengan 1,032 kes daripadanya direkodkan di Wilayah Hubei. Selain itu, terdapat kes pertama di Tibet yang mencatatkan seorang pesakit yang kini disahkan dijangkiti wabak virus berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam telah mengingatkan pihak kerajaan di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya dalam membendung wabak influenza jenis terbaru ini.

Selain dari China, beberapa negara turut melaporkan jangkitan wabak berkenaan dengan kes terbaru dilaporkan berlaku di Finland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Khamis lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan masih ‘terlalu awal’ untuk mengisytiharkan wabak coronavirus baharu di China sebagai darurat kesihatan global.

Sumber berita dan imej diperoleh dari BBC

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.