Microsoft telah memberhentikan sokongan untuk sistem operasi Windows 7 sekitar pertengahan bulan ini. Sistem operasi yang sinonim dengan komputer desktop ini sehingga kini masih lagi mengoperasikan pada 1 dari setiap 4 buah komputer di seluruh dunia.
Microsoft pernah menawarkan penggunanya menaiktaraf dari Windows 7 atau Windows 8 ke Windows 10 secara percuma. Namun begitu, kini terdapat jutaan lagi komputer di seluruh dunia yang masih tidak dapat dikemaskini ke versi terkini atas sebab kekurangan spesifikasi perkakasan dan sebagainya.
Sebahagian organisasi dan perusahaan membelanjakan berjuta-juta Ringgit bagi mendapatkan pelan Extended Security Updates (ESU) untuk Windows 7 dari Microsoft. Pelan ini turut dilaporkan akan meningkat kosnya dari tahun ke tahun dan atas sebab itu, mungkin pengguna Windows 7 versi Home tidak ditawarkan dengan pelan ini.
Bagaimanapun, dari segi keselamatan, pengguna Windows 7 mungkin boleh menarik nafas lega apabila beberapa syarikat antivirus utama dunia menyatakan komitmen meneruskan sokongan untuk Windows 7. Antara syarikat berkenaan termasuklah BitDefender, NortonLifeLock, Kaspersky, McAfee, dan beberapa syarikat lagi yang menyatakan komitmen sokongan untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat antivirus yang meneruskan sokongan untuk Windows 7 (Sumber dari AV-Test):
Pengeluar Antivirus | Maklumat sokongan |
---|---|
AhnLab | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
AVG & Avast | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi – maklumat lanjut |
Avira | Sokongan tamat pada November 2022 – maklumat lanjut |
Bitdefender | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi – maklumat lanjut |
BullGuard | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Carbon Black | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
ESET | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
FireEye | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
F-Secure | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021 |
G Data | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Ikarus | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Kaspersky | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
K7 Computing | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
McAfee | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021 – maklumat lanjut |
Microsoft (Security Essentials) | Kemaskini program sudah ditamatkan, hanya kemaskini tandatangan (signature) sahaja disediakan (tanpa tarikh tamat) – maklumat lanjut |
Microworld | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
PC Matic | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Quickheal | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Seqrite | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
Sophos | Sokongan atas-premis sehingga Disember 2020, Pengurusan awanan sehingga Jun 2021 |
Symantec / NortonLifeLock | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
ThreatTrack / Vipre | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi |
TotalAV | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 1 tahun lagi |
Trend Micro | Tarikh tamat sokongan masih belum diumumkan untuk sekurang-kurangnya 2 tahun lagi – maklumat lanjut |
Selain dari syarikat pengeluar antivirus, Google juga turut menyatakan komitmen sokongan dan kemaskini pelayar Chrome untuk Windows 7 untuk sekurang-kurangnya 18 bulan lagi.
Perkembangan ini merupakan sesuatu yang baik terutamanya bagi pengguna-pengguna yang masih setia dengan Windows 7. Kemaskini yang disediakan ini mampu membantu meningkatkan tahap keselamatan siber secara kolektif.
Sumber berita diperoleh dari ZDNet