- Sekumpulan robot mudah alih dan pengisihan Geek+ kini beroperasi di Pusat Mel Utama Hongkong Post
- Teknologi inovatif ini memberikan kecekapan dan ketepatan dalam pengisihan paket untuk memberikan perkhidmatan pos yang boleh dipercayai dan cekap kepada para pelanggan
HONG KONG, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ — Hongkong Post dan Geek+ telah bekerjasama untuk melaksanakan sistem pengisihan paket robotiknya yang pertama. Menggabungkan penyelesaian pengisihan dan pemindahan Geek+ yang maju dengan pelan tindakan pembangunan pasukan projek Hongkong Post, teknologi baharu ini berpotensi untuk mengubah dan memperkemas proses pengisihan paket bagi meningkatkan kecekapan pengendalian mel.
Robot mudah alih dan pengisihan proprietari Geek+ membolehkan Hongkong Post memudahkan aliran kerja keseluruhan dan mencapai proses pengisihan yang lebih cekap dan tepat berbanding proses pengisihan manual tradisional dengan tenaga buruh yang lebih intensif. Kapasiti pengisihan sistem robotik ini boleh mencapai sehingga 1,000 paket sejam yang meningkatkan kecekapan dan memaksimumkan output.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hongkong Post dalam projek rintis ini,” kata Billy Siu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Hong Kong dan Taiwan Geek+ “Robot pintar kami sedang mengubah industri logistik dan kami teruja melihat cara mereka membantu memperkemas operasi pengisihan paket dengan penyesuaian teknologi robotik dan meningkatkan kecekapan keseluruhan.”
“Sistem robotik dengan teknologi pintar ini membantu dalam pengisihan paket mel ke pusat penghantaran individu di seluruh wilayah yang membolehkan operasi pos yang lebih cekap dan fleksibel. Kami berusaha untuk memanfaatkan teknologi robotik bagi memenuhi peluang e-Dagang yang sedang berkembang pesat,” kata Clare Chiu, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pengurusan) Hongkong Post.
Tentang Geek+
Geek+ ialah peneraju global dalam penyelesaian robotik untuk bidang logistik. Kami membangunkan penyelesaian Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) untuk merealisasikan automasi yang fleksibel, boleh dipercayai dan amat cekap bagi pengurusan rantaian bekalan dan gudang. Geek+ dipercayai oleh lebih 700 peneraju industri di seluruh dunia dan telah diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam robot mudah alih autonomi. Diasaskan pada tahun 2015, Geek+ mempunyai lebih 1,500 orang pekerja dan pejabat di Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Singapura.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: https://www.geekplus.com/
Untuk pertanyaan dalam bahasa Inggeris, sila hubungi:
Benjamin Nylin
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Global
benjamin.nylin@geekplus.com
Untuk pertanyaan bukan dalam bahasa Inggeris, sila hubungi:
Joey Chan
Komunikasi APAC Geek+
Joey.chan@geekplus.com
Video – https://www.youtube.com/watch?v=JE68eFItQQw
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2160464/Geekplus.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2014500/Geek_Logo.jpg

