Utama Mobile Digi tawar data percuma 1GB tujuh hari untuk pelanggannya

Digi tawar data percuma 1GB tujuh hari untuk pelanggannya

805
0

Digi kini menawarkan data internet mudah alih percuma 1GB secara percuma buat penggunanya bersempena penghujung tahun 2017 ini. Data percuma 1GB berkenaan boleh digunakan sepanjang tempoh tujuh hari.

Tawaran percuma yang dinamakan sebagai 1GB Welcome Gift ini boleh didapati menerusi aplikasi MyDigi yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Pemberian data percuma ini mampu menarik minat pelanggan-pelanggan baru yang sentiasa mencari-cari telco yang mampu menyediakan perkhidmatan akses ke internet mudah alih yang lebih baik pada kadar yang berpatutan.

Pada masa ini, syarikat telco di Malaysia dilihat bersaing untuk memenangi hati pelanggan melalui penawaran pakej data mudah alih yang semakin baik dari hari ke hari. Persaingan ini mampu meningkatkan akses capaian ke internet yang lebih meluas oleh rakyat Malaysia.

Pengguna rangkaian Digi boleh membuat semakan berkenaan tawaran ini melalui aplikasi tersebut.

Sumber berita diperoleh dari Digi 1GB Welcome Gift

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.