Utama Kesihatan Anda kini boleh mendaftar Senarai Menunggu Dos Penggalak di PPV Swasta seluruh...

Anda kini boleh mendaftar Senarai Menunggu Dos Penggalak di PPV Swasta seluruh Malaysia

557
0
Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Individu yang layak dan ingin mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 tanpa perlu menunggu janji temu MySejahtera kini boleh mendaftar ke dalam senarai menunggu di pusat pemberian vaksin (PPV) swasta di seluruh negara.

Perkembangan ini hadir lanjutan dari pengumuman oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) pada minggu lepas. Anda boleh melihat senarai fasiliti-fasiliti yang menyertai program ini di laman web rasmi ProtechHealth.

Anda boleh memilih negeri mengikut pilihan anda untuk membuat semakan senarai PPV yang terlibat. Anda juga boleh membuat carian yang lebih terperinci mengikut bandar, poskod, alamat dan nama fasiliti menerusi laman web tersebut.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi fasiliti berkenaan untuk melakukan pendaftaran di dalam senarai menunggu tersebut.

ProtechHealth dalam pada masa yang sama mengingatkan orang ramai untuk mendaftar di satu PPV sahaja bagi mengelakkan pendaftaran bertindih.

Orang ramai juga diingatkan dos penggalak ini tidak diberikan secara terus ketika membuat pendaftaran senarai menunggu di PPV. Ini bermaksud, anda perlu mendaftar ke dalam senarai menunggu di PPV terlebih dahulu untuk mendapatkannya.

Buat masa ini hanya vaksin Pfizer-BioNTech ditawarkan sebagai dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jarak masa penerimaan antara dos penggalak dengan dos kedua bagi penerima Pfizer-BioNTech sekurang-kurangnya enam bulan. Manakala bagi penerima Sinovac pula tempohnya adalah sekurang-kurangnya tiga bulan.

Untuk penerima AstraZeneca pula, masih tiada lagi pengumuman mengenai pemberian dos penggalak seperti yang disediakan bagi penerima vaksin lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.