KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2024 – Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan ketersediaan fungsi Circle to Search dengan Google pada peranti flagship HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia, serta pada Siri HONOR 200, bagi memberikan prestasi lebih hebat dan pengalaman fotografi potret bertaraf studio yang tiada tandingan. Penambahan baharu ini memastikan semua pengguna boleh menikmati faedah daripada kemajuan terkini AI, membawakan pengalaman carian yang lebih lancar dan intuitif kepada pengguna telefon pintar di seluruh dunia.
“Penambahan dalam AI mengubah cara kita bekerja, belajar, membeli-belah, mencipta dan berinteraksi dengan peranti kita. Sama ada anda memerlukan bantuan terjemahan, bantuan tugasan rumah atau hanya mahu mencari maklumat lebih lanjut tentang sesuatu gambar yang menarik perhatian dalam media sosial, telefon pintar kami telah menjadi sumber rujukan untuk mencari maklumat-maklumat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao. “Sebagai jenama teknologi yang berteraskan insan, HONOR amat komited untuk membawakan manfaat AI kepada semua. Melalui kolaborasi industri rapat kami bersama Google serta dengan memperkenalkan ciri ini kepada kedua-dua rangkaian telefon pintar popular kami, kini pengguna boleh menerokai dunia maklumat darti hujung jari, menawarkan kemudahan serba baharu dalam kehidupan harian semua orang,” kata Zhao.
Ciri Circle to Search memperkasakan pengguna untuk membuat carian segera bagi apa saja yang mereka lihat pada telefon dengan Google. Dengan Circle to Search, pengguna hanya perlu membuat bulatan, menanda, menconteng atau menekan di mana saja pada skrin untuk memilih teks, imej atau video yang ingin mereka cari maklumat lebih lanjut tanpa perlu bertukar antara beberapa aplikasi. Ciri ini menjadikan pencarian lebih mudah untuk apa saja yang memberikan inspirasi kepada anda.
Perjalanan AI HONOR: Membina Ekosistem Menyeluruh dan Bertanggungjawab
Mengiktiraf peranan penting AI dalam membentuk gaya hidup masa depan, HONOR telah lama melihat AI sebagai satu keutamaan yang strategik. Melalui penyelidikan dan pembangunan berterusan serta kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan industri, HONOR amat komited untuk memperkayakan ekosistem AI pada perantinya, menyampaikan penyelesaian AI berfikiran hadapan kepada pengguna di seluruh dunia. Pasa awal tahun ini, HONOR telah melancarkan HONOR AI Architecture empat lapisan, iaitu sebuah rangka tindakan bagi penggunaan seluruh industri yang akan memberi manfaat kepada semua pengguna di mana saja. Dengan melaksanakan strategi hibrid AI yang menyepadukan AI pada peranti dan keupayaan AI awan secara sepenuhnya, HONOR telah membangunkan seni reka keselamatan multi-tahap, dan HONOR Personal Cloud Compute, untuk melindungi data dan privasi pengguna semasa berinteraksi dengan perkhidmatan AI awan.
Dilancarkan pada IFA 2024, telefon boleh lipat flagship terkini HONOR Magic V3 menampilkan kelompok keupayaan AI perintis. Bersama-sama Google, HONOR Magic V3 dilengkapi dengan AI Eraser, Face to Face Translation dan HONOR Notes Tools, memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri produktiviti bertaraf profesional. Selaras dengan pendekatannya yang berteraskan pengguna, HONOR telah memperkenalkan teknologi AI Defocus Eye Protection Technology dan teknologi AI Deepfake Detection Anti-Fraud Technology yang pertama dalam industri, yang mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan awam yang berkaitan dengan penggunaan telefon pintar. Ditambah pula dengan pengoperasian dengan perisian MagicOS 8.0.1, peranti-peranti HONOR didatangkan dengan Magic Portal dan Magic Capsule, mentakrif semula interaksi antara manusia dan peranti bagi menawarkan kemudahan yang optimum kepada pengguna.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi atau laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/