Utama Mobile Aplikasi CIMB akan beralih dari menggunakan SMS OTP menjelang pertengahan 2023

CIMB akan beralih dari menggunakan SMS OTP menjelang pertengahan 2023

355
0
Tiada lagi SMS OTP

CIMB telah mengumumkan langkah sebagaimana yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia pada awal minggu ini. Perubahan yang dilakukan oleh CIMB ini hampir sama seperti yang diumumkan oleh Maybank pada minggu ini.

Menjelang pertengahan tahun hadapan, CIMB akan mula beralih dari penggunaan SMS OTP untuk menggantikannya dengan SecureTAC melalui aplikasi CIMB Clicks. Pihak bank berkenaan juga akan melaksanakan langkah mengehadkan pengguna pada satu peranti sahaja bagi tujuan pengesahan transaksi perbankan dan akan memperkenalkan pada hujung Oktober nanti.

Sebagai langkah tambahan keselamatan, CIMB juga memperkenalkan tempoh bertenang apabila pengguna mendaftar perbankan dalam talian kali pertama, atau menetapkan peranti keselamatan utama. Tiada tempoh waktu dinyatakan, namun pihak bank menjelaskan pengaktifan servis akan dimulakan selepas verifikasi atau pengguna telah dihubungi.Aplikasi CIMB-Clicks

Jika pelanggan mengesyaki maklumat perbankan telah terdedah, CIMB menjelaskan pihaknya sedang mengusahakan satu kaedah yang membolehkan pelanggan menyekat akaun mereka buat sementara waktu. Perkhidmatan ini dijangka akan mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2023 melalui platform perbankan digital CIMB.

CIMB turut merancang untuk tidak lagi menyertakan pautan yang boleh diklik di dalam SMS yang dihantar kepada pelanggannya menjelang akhir tahun ini. Untuk itu, jika akan menerima SMS yang mengatakan diterima dari pihak bank bersama-sama pautannya, adalah lebih selamat untuk anda menganggapnya sebagai satu helah penipuan dan mengabaikannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.