Utama Teknologi Kecerdasan Buatan ChatGPT Edu dibuat khas untuk Universiti, dikuasakan oleh GPT-4o

ChatGPT Edu dibuat khas untuk Universiti, dikuasakan oleh GPT-4o

323
0
ChatGPT Edu OpenAI

OpenAI baru-baru ini telah mengumumkan chatbot kecerdasan buatan (A.I.) generatif yang dihasilkan khas untuk kegunaan universiti, ChatGPT Edu. AI generatif yang menggunakan Model Bahasa Raya (LLM) yang baharu dilancarkan pada bulan lepas, GPT-4o.

Menurut OpenAI, ChatGPT Edu ini kelak akan mempunyai had mesej yang lebih tinggi berbanding versi percumanya. Perkhidmatan tersebut juga kelak dijangka akan ditawarkan mengikut persetujuan penggunaan aksesnya di antara OpenAI dengan universiti-universiti yang terlibat.

Pihak universiti yang berminat juga berpeluang mendapatkan kelebihan menggunakan ChatGPT Edu dengan versi GPT tersuai yang dilatih dengan data dari universiti itu sendiri. Data tersebut kemudiannya boleh dikongsikan di dalam persekitaran universiti terbabit dan dijamin tidak akan digunakan untuk melatih model-model OpenAI lain.

OpenAI di dalam pengumumannya juga menyebut ChatGPT Edu merupakan rentetan dari kejayaan penggunaan ChatGPT Enterprise oleh sebilangan universiti-universiti di Amerika Syarikat dan juga University of Oxford.

Tidak dapat dipastikan apakah kesannya terhadap dunia akademik di seluruh dunia termasuk Malaysia kelak hasil daripada penggunaan AI generatif ini. Sama ada dapat membantu meningkatkan manfaat keilmuan sejagat hasil dari kajian atau sekadar memudahkan penciplakan kajian-kajian sedia ada, biar masa yang menentukannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.