Utama Teknologi Pelaksanaan Penilaian Program Celik Digital: Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam 2023

Pelaksanaan Penilaian Program Celik Digital: Penilaian Kemahiran Digital Penjawat Awam 2023

758
0
Celik Digital Penjawat Awam

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 bagi menetapkan hala tuju ekonomi digital negara dan membina asas untuk memacu inisiatif-inisiatif pendigitalan yang merangkumi Kluster Kerajaan, kluster rakyat dan kluster perniagaan sehingga tahun 2030.

Salah satu inisiatif MyDigital di bawah Kluster Kerajaan adalah untuk merealisasikan aspirasi 100% penjawat awam mencapai tahap celik digital menjelang tahun 2025.

Selaras dengan inisiatif tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan inisiatif ini dengan melaksanakan program bagi melahirkan penjawat awam celik digital melalui latihan.

Untuk memastikan program-program tersebut dilaksanakan berdasarkan kumpulan sasar yang bersesuaian, penilaian tahap kematangan celik digital penjawat awam perlu dilaksanakan terlebih dahulu melalui Program Penilaian Celik Digital.

Seluruh Penjawat Awam diwajibkan Celik Digital

Pelaksanaan Penilaian Celik Digital ini diadakan secara atas talian pada tarikh mengikut arahan kementerian atau jabatan masing-masing. Semua penjawat awam adalah diwajibkan untuk menyertai dan membuat Penilaian Celik Digital sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

 Pengecualian hanya diberikan kepada pegawai berstatus berikut:

  1. TIADA maklumat dalam Sistem HRMIS JPA (bagi kategori ini akan dilaksanakan secara berperingkat)
  2. Pegawai kontrak yang tiada maklumat dalam Sistem HRMIS JPA
  3. Pegawai yang akan bersara pada tahun 2023.
  4. Pegawai yang sedang cuti belajar / cuti tanpa gaji / cuti sakit yang panjang.
  5. Pegawai yang berstatus OKU penglihatan / lain-lain OKU yang menyukarkan mereka membuat penilaian dalam Sistem Celik Digital

Penilaian Celik Digital menyediakan sebanyak 50 soalan yang perlu dijawab di dalam tempoh dua (2) jam melalui pautan https://www.celikdigital.gov.my/.

Penjawat awam yang telah selesai menjalani penilaian ini adalah layak untuk memperoleh dua (2) jam kehadiran ke kursus dengan mengemukakan slip penyertaan penilaian kepada bahagian pentadbiran atau pengurusan masing-masing bagi tujuan rekod latihan dan rekod pengesahan selesai menjawab penilaian tersebut.

Manual Pengguna Penilaian Celik Digital dan Infografik Penilaian Celik Digital turut disediakan bagi tujuan rujukan oleh setiap penjawat awam.. Pegawai yang gagal penilaian tersebut perlu mengulangi kursus dalam sistem EPSA (pilihan tajuk kursus akan diberikan oleh pihak INTAN kelak).Infografik-Penilaian-Celik-Digital

Peratus Pencapaian Program Penilaian Celik Digital dari setiap Kementerian akan dibentangkan oleh ketua setiausaha kementerian masing-masing kepada Ketua Setiausaha Negara nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.