Utama Telco Celcom CelcomDigi buka Pra-tempahan siri Samsung Galaxy S23

CelcomDigi buka Pra-tempahan siri Samsung Galaxy S23

507
0
CelcomDigi Samsung Galaxy S23 Pre-Order

Peminat Samsung di Malaysia tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan telefon pintar siri Samsung Galaxy S23. CelcomDigi baru-baru ini telah mengumumkan pra-tempahan bagi memiliki telefon pintar berkenaan menerusi pelan Celcom MEGA dan Digi PhoneFreedom 365.

Sejurus selepas pengumuman siri Galaxy S23, para pelanggan boleh membuat pra-pesanan menerusi Celcom Online Store dan Digi Store Online untuk menikmati penjimatan tambahan RM240 sehingga 23 Februari ini. Pra-pesanan untuk Galaxy S23, Galaxy S23 Plus dan Galaxy S23 Ultra ini juga membolehkan para pelanggan menikmati akses rangkaian 5G dari Celcom dan Digi.

Jika anda tidak berhasrat untuk membuat pra-pesanan dan ingin mendapatkannya terus pada jualan pelancarannya, Galaxy S23 boleh didapati di kesemua outlet Celcom Bluecube, dan Digi Stores bermula dari 24 Februari 2023.

Telefon pintar mercu keluaran Samsung terkini ini dilengkapkan dengan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy, RAM 12GB, storan UFS 4.0 sehingga 1TB, kamera utama 200MP, sokongan 5G, bateri 5,000mAh dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai harga Galaxy S23  di Malaysia mengikut model dan spesifikasinya:

Galaxy S23 Ultra

  • RM5699 (12GB + 256GB)
  • RM6199 (12GB + 512GB)
  • RM6699 (12GB + 1TB)

Galaxy S23 Plus

  • RM4699 (8GB + 256GB)
  • RM5199 (8GB + 512GB)

Galaxy S23

  • RM3899 (8GB + 128GB)
  • RM4199 (8GB + 256GB)

Maklumat lanjut mengenai promosi pra-tempahan Samsung Galaxy S23 ini, layari celcom.com.my/samsung-s23 dan digi.my/s23.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.