Siri iPhone 14 kini mula dijual di pasaran Malaysia dan seperti biasa syarikat-syarikat telekomunikasi mula menawarkannya melalui pelan masing-masing. Mengikut jenis iPhone 14 yang dipilih, anda boleh mendapatkannya dari RM103 sebulan dengan Celcom MEGA bersama-sama Easy Payment Plan 0%.
Selain itu anda juga boleh memilih untuk ‘trade-in’ telefon lama anda untuk menikmati 50% belian semula pada harga yang lebih rendah pada RM43 sebulan. Untuk anda yang memiliki kad Maybank atau CIMB, anda boleh mendapatkan iPhone 14 tanpa faedah dengan Celcom Easy Payment Plan.
Celcom turut menawarkan pakej iPhone melalui Pair & Save dengan memberikan anda lebih penjimatan apabila anda membeli iPhone 14 bersama-sama peranti Apple lain seperti Apple Watch Series, AirPods Pro dan iPad.
Bukan itu sahaja, pembelian iPhone 14 melalui pelan ini juga membolehkan anda menikmati Apple TV+ dan Apple Arcade secara percuma untuk tiga bulan. Akses ke perkhidmatan permainan awanan, Blacknut Cloud Gaming juga disediakan secara percuma untuk sebulan.
Maklumat lanjut, kunjungi https://www.celcom.com.my/personal/devices/iphone-14













