Utama Microsoft Cara mematikan fungsi perkongsian fail kemaskini Windows 10 dari PC anda ke...

Cara mematikan fungsi perkongsian fail kemaskini Windows 10 dari PC anda ke Internet

436
0

Sistem operasi Windows 10 sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan kita apabila mengendalikan komputer, baik di rumah mahupun di pejabat.

Pun begitu, sistem operasi keluaran Microsoft ini didapati menggunakan lebih bandwidth berbanding sistem operasi terdahulu. Hal ini tidak menjadi masalah bagi pengguna yang mempunyai kuota internet tanpa had, serta menggunakan pemacu storan jenis SSD.

Pengguna yang mempunyai keupayaan terhad seperti kuota internet dan menggunakan HDD, perkara ini pastinya memberikan kesan.

Kemaskini ini selain dari mengakibatkan kuota internet banyak digunakan, ia juga menyebabkan PC anda menjadi lembab. Punca kelembapan ini amat ketara bagi pengguna yang menggunakan storan jenis HDD (hard disk drive).

Windows 10 menggunakan sistem seakan-akan P2P (peer-to-peer) melalui Windows Update Delivery Optimisation (WUDO). Ia akan membenarkan PC anda berkongsikan sebahagian kemaskini yang telah dimuat turun kepada pengguna lain di dalam rangkaian anda dan juga di internet.

Di dalam laman soalan lazimnya, Microsoft menjelaskan WUDO diaktifkan secara lalai (default). Ia bertujuan memudahkan pengguna lain yang mempunyai talian internet yang perlahan dan tidak stabil.

Bagi anda yang sering mengalami masalah kekurangan kuota internet dan juga PC lembab disebabkan penggunaan HDD mencapai 100%, anda mungkin perlu mematikan fungsi WUDO ini.

Cara mematikan fungsi Windows Update Delivery Optimization (WUDO) di dalam Windows 10

  • Untuk mematikan fungsi Windows Update Delivery Optimization (WUDO), anda boleh melakukan langkah-langkah seperti berikut:
  • Buka Settings dan klik pada Update & security
  • Klik pada bahagian Windows Update di sebelah kiri dan terus ke pautan Advanced Options pada sebelah kanan
  • Klik pada Choose how updates are delivered
  • Anda boleh memilih untuk mematikan keseluruhan fungsi WUDO dengan meletakkan ‘suis togol’nya ke kedudukan OFF
  • Anda juga boleh berkongsikan kemaskini yang telah anda muat turun ke komputer lain yang anda miliki di dalam rangkaian anda sahaja. Caranya adalah dengan membiarkan ‘suis togo’ WUDO ke kedudukan ON, tetapi di bawahnya, anda memasukkan pilihan PCs on my local network

Diharapkan, panduan ini dapat membantu memudahkan anda dalam menguruskan kuota data internet anda selain mengoptimumkan penggunaan perkakasan PC anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.