Utama Mobile Aplikasi Bank Islam akan melancarkan Bank Digital ‘Be U’ dalam Bulan ini

Bank Islam akan melancarkan Bank Digital ‘Be U’ dalam Bulan ini

575
0
Bank Islam Be U Digital Bank

Bank Islam telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan secara rasminya bank digital, Be U, dalam bulan ini. Ia disasarkan kepada kumpulan pengguna muda dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Muazzam Mohamed, bank berkenaan mensasarkan sekitar  350,000 hingga 400,000 muat turun oleh pengguna dalam tempoh 12 bulan pertama.

Be U merupakan aplikasi mudah alih yang bakal menjadi bank digital pertama di Malaysia yang dibina secara natif di awanan (cloud). Menurut Muazzam, aplikasi berkenaan telah pun mula ditawarkan untuk dimuat turun sejak dari bulan lepas lagi.

Bagaimanapun, Bank Islam sedang merancang untuk melancarkannya secara rasmi sekitar bulan ini selepas mendapatkan pelbagai maklumbalas. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi Apple App Store dan Google Play Store.Bank Islam Be U Apps Download

Pelancaran Be U ini hadir selepas pengumuman penerima lesen bank digital oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dua bulan yang sudah. Lima konsortium yang berjaya mendapatkan lesen berkenaan dengan lesen bank digital konvensional termasuklah Boost-RHB, Grab-Kuok Brothers, dan Sea-YTL. Manakala konsortium dari AEON dan KAF Investment Bank pula menerima lesen bank digital Islamik.

Bank Islam telah melaburkan sejumlah RM34 juta untuk membangunkan Be U dan akan melengkapkan penawaran dan fungsi sedia ada Bank Islam dengan mensasarkan pelanggan muda. Pelbagai penawaran baharu akan diperkenalkan dalam tempoh sepanjang 12 bulan berkenaan.

Be U Qard Savings Account-i tidak memerlukan baki untuk terus digunakan dan boleh dibuka dengan segera oleh rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Ia mempunyai fungsi seperti sasaran simpanan, pemindahan wang, dan akan menawarkan ciri QRPay.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.