Meja Berita
GITEX GLOBAL 2022 menghimpunkan para pemimpin dunia untuk cabaran dan kerjasama dalam ekonomi Web...
DUBAI, UAE, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Dubai akan berubah menjadi pusat digital terunggul di dunia pada bulan hadapan, apabila UAE menganjurkan GITEX GLOBAL, pameran teknologi terbesar di dunia yang menggabungkan syarikat-syarikat paling maju dan para pakar terbaik untuk menyelami proses pembentukan ekonomi Web 3.0.

Mulai 10-14 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC), GITEX GLOBAL menampilkan susun atur paling hebat yang pernah dilakukan, dengan tujuh tema berbilang teknologi yang diuji dalam metaverse, masa depan Internet tidak berpusat dan ekonomi digital global yang mampan.
Saiz acara yang mencatat rekod dan pengembangannya yang berterusan ini menggambarkan cita-cita transformasi digital UAE dan wilayah ini, kerana inisiatif kerajaan seperti Program Kebangsaan untuk Pengekod, Strategi Metaverse Dubai dan Next GenFDI mendorong UAE sebagai peneraju ekonomi digital global.
Ini diperkukuhkan lagi dengan pelancaran X-VERSE GITEX GLOBAL 2022 baharu yang ditaja oleh TMRW Foundation dengan kerjasama Decentraland, salah satu perjalanan metaverse paling imersif di dunia yang menampilkan 28 jenama berpengalaman; dan Global DevSlam, perhimpunan terbesar bagi para pengekod dan pembangun di Timur Tengah.
T.Y.T Omar Al Olama, Menteri Negara untuk AI, Ekonomi Digital & Aplikasi Kerja Jarak Jauh berkata: "GITEX tahun ini adalah lebih besar daripada sebelum ini. Ia meliputi ruang seluas dua juta kaki persegi dengan lebih 5,000 pempamer dari lebih 90 buah negara, yang menjadikannya sebagai pameran teknologi yang terbesar sekali di dunia. Tahun ini, pejabat saya telah bekerjasama dengan GITEX untuk memastikan bahawa kami bukan sahaja mempamerkan teknologi, malah sebenarnya mencipta dan membangunkannya."
Trixie LohMirmand, Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan Acara DWTC yang merupakan penganjur GITEX GLOBAL, menambah: "GITEX memenuhi matlamat asalnya untuk membolehkan dan mempercepat ekonomi digital UAE dan pelbagai rakan sekutunya melalui perhubungan yang dijalinkan antara pihak berkepentingan yang benar-benar serius dengan para pakar yang cemerlang dari seluruh dunia, dan hubungan ini direalisasikan menjadi kerjasama yang boleh dimanfaatkan."
GITEX GLOBAL 2022 mengalu-alukan kedatangan 52% pempamer baharu yang julung-julung kali berlaku, yang memilih pameran ini serta UAE sebagai pilihan pertama dalam strategi mereka untuk mengakses pasaran. North Star akan menganjurkan perhimpunan syarikat-syarikat Unicorn terbesar tahun ini di Dubai, dengan 35 syarikat Unicorn dari 15 buah negara yang ingin berkembang ke salah satu pasaran paling pesat berkembang di dunia.
Selain itu, XPENG, sebuah syarikat teknologi terkemuka dan pengeluar EV, telah memilih GITEX GLOBAL untuk melancarkan penerbangan awam pertama di dunia bagi kereta terbang eVTOL rintisnya, X2, dengan sokongan rakan kongsi rasminya iaitu Dewan Perniagaan Dubai.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1912014/GITEX_global.jpg
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1912027/GITEX_2022.mp4

Wemade Umum Rancangan Terperinci untuk Mainnet dan Stablecoin di TOKEN2049 Singapore
- Wemade menyertai persidangan blok rantai terbesar di Asia sebagai penaja perdana
- Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade, menyampaikan ucaptama tentang ekosistem WEMIX3.0 dan WEMIX$, stablecoin miliknya
SEOUL, Korea Selatan, 30 September, 2022 /PRNewswire/ -- Wemade mengambil bahagian dalam persidangan blok rantai yang terbesar di Asia, TOKEN2049 Singapore, sebagai penaja perdana. Acara tersebut bermula pada 28 September dan akan diadakan selama dua hari di Marina Bay Sands Hotel di Singapura.
Wemade mengendalikan reruai terbesar dan Wemade Stage bagi memperkenalkan ekosistem WEMIX3.0 yang akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Ekosistem-mega ini melibatkan WEMIX PLAY, NILE dan WEMIX Fi.
Henry Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Wemade, menyampaikan ucaptama berhubung Ekonomi Digital (The Digital Economy) dan Stablecoin: WEMIX3.0 dan WEMIX$, termasuk penjelasan yang terperinci tentang WEMIX$, stablecoin yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Hakikatnya ialah, perkara yang bernilai dan mampan akhirnya berjaya. 3 keperluan dikehendaki untuk mencipta stablecoin yang berjaya iaitu kestabilan, refleksiviti yang stabil/natif serta kebolehskalaan," kata beliau. "Kami berusaha sedaya upaya untuk membangunkan stablecoin WEMIX$ yang diperlukan untuk ekonomi blok rantai digital. WEMIX$ akan menjadi sejarah baharu stablecoin dan sejarah berkenaan akan menjadi asas bagi ekonomi blok rantai digital."
Wemade telah mencurahkan segala usaha dalam jerayawara global WIN2022 untuk memperkenalkan WEMIX kepada bidang blok rantai global. Sejak GDC pada bulan Mac ini di San Francisco, ia telah menyertai banyak acara domestik dan global.
Selepas TOKEN2049, yang melaluinya syarikat-syarikat Web3 global yang terkemuka mengambil bahagian, ia akan menyertai G-STAR, acara permainan yang terbesar di Korea pada bulan November ini sebagai perlawanan akhir.
SOURCE Wemade Co., Ltd





















