
Lebihan bekalan pada tahun 2022 telah mengganggu penggunaan kapasiti fab LCD dan OLED. Selepas tahap penggunaan yang rendah pada suku pertama 2023, fab LCD secara beransur-ansur meningkatkan input substrat kaca mulai suku ke-2 2023. Pembuat LCD, terutamanya di China, secara beransur-ansur dan teliti meningkatkan penggunaan kapasiti mereka berikutan kawalan kapasiti yang berdisiplin untuk mengekalkan harga panel.
Pada suku ke-2 2023, walaupun dengan bilangan pesanan yang meningkat dan beberapa permintaan segera yang mendadak, kebanyakan pembuat LCD menetapkan kadar penggunaan kapasiti maksimum pada tahap 80%.
David Hsieh, Pengarah Kanan bagi amalan penyelidikan Paparan Omdia berkata: “Fab OLED mempunyai tahap penggunaan kapasiti yang lebih rendah berbanding fab LCD yang matang dan berjalan lebih lancar. Parameter untuk ini termasuk daya pemprosesan satah belakang tatasusunan TFT, masa takt penyejatan OLED, suis produk yang kompleks, tempoh pendahuluan bagi corak sensor sesentuh dan penyesuaian faktor bentuk modul OLED.”
Berdasarkan parameter ini, apa yang dikatakan sebagai penggunaan kapasiti penuh fab LCD boleh dilihat dari segi kadar pemuatannya sebanyak 100%, namun bagi OLED, 80%-90% daripada keseluruhan kapasiti reka bentuk boleh dilihat sebagai pemuatan penuh.
“Isu OLED sekarang ini ialah permintaan yang perlahan, bukan parameter proses ini,” tambah Hsieh.
Omdia meramalkan bahawa permintaan untuk telefon pintar OLED tidak akan pulih sepenuhnya sehingga separuh pertama tahun 2023 manakala fab TV OLED akan mengalami permintaan pasaran yang perlahan. Pesanan panel TV OLED daripada LGE, Sony, Panasonic, TPV, Hisense dan Samsung tidak mencukupi untuk fab OLED Gen8.5 bagi mengekalkan kadar penggunaan berkapasiti tinggi, manakala sesetengah fab OLED Gen6 yang fleksibel dari China pula mengalami pesanan yang tidak stabil dan situasi daya pemprosesan yang sukar.
“Walaupun pemulihan LCD mendapat perhatian dan secara jelas akan membantu mengekalkan harga LCD dan penggunaan kapasitinya pada masa yang sama, namun OLED perlu menantikan pemulihan permintaan elektronik daripada para pengguna tahap tinggi yang selanjutnya,” rumus Hsieh.
David Hsieh akan membuat pembentangan di Touch Taiwan 2023 dan Persidangan Teknologi Taiwan 2023
Tentang Omdia
Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.
E-mel: fasiha.khan@informa.com
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2054271/Omdia_Fab_utilization.jpg