Utama Perkakasan Asus Asus lancar kad grafik untuk kafe siber, Expedition GTX 1070 OC

Asus lancar kad grafik untuk kafe siber, Expedition GTX 1070 OC

879
0

Asus telah mendedahkan kad grafiknya terkini yang dinamakan sebagai Expedition GTX 1070 OC. Menurut Asus, GTX 1070 versi tersuai terbarunya ini merupakan kad grafik ‘tugas berat’ khusus untuk komputer-komputer di kafe siber.

Kad grafik pada PC-PC di kafe siber pada kebiasaannya digunakan pada masa yang sangat panjang dalam satu-satu hari dan ini memberikan kesan jangka panjang terhadap tempoh hayat penggunaannya.

Pihak Asus menyatakan bahawa kad grafik Expedition GTX 1070 OC ini telah menjalani pelbagai ujian ketahanan bagi menguji sejauh mana tahap kelasakannya. Antara ujian yang dijalankan termasuklah kad grafik dijalankan selama 144 jam tanpa henti (ujian stress), dua jam but semula secara berterusan dan juga menjalankan ujian penanda aras 3DMark selama 15 jam tanpa henti. Ibaratnya, Expedition GTX 1070 OC telah melepasi ujian bertaraf komando untuk kad grafik.

Untuk spesifikasinya pula, kad grafik lasak macam komando menawarkan kelajuan klok asas 1607MHz dan 1767MHz apabila boost di dalam mod ‘overclock’. Pada memorinya pula, kad grafik ini menawarkan 8GB VRAM dan teras 1920 CUDA bersama-sama kelajuan klok memori yang piawai 2000MHz.

Kipas penyejukan kad grafik ini hadir dengan teknologi 0dB dari Asus yang hanya akan berpusing apabila suhu GPU mencecah 55°C dan ke atas. Expedition GTX 1070 OC turut dilengkapi dengan satu labuhan DVI berserta dua DisplayPort dan dua labuhan HDMI.

Dijangkakan Asus akan melancarkan kad grafik ini pasaran negara-negara yang mempunyai bilangan kafe-kafe siber yang banyak seperti China, Jepun dan Korea. Mungkin, kalau ada rezeki Malaysia pun boleh tersenarai juga. Setakat ini, Asus masih belum menyatakan bila dan berapakah harga kad grafik ini di pasaran kelak.

Sumber berita diperoleh dari VideoCardz

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.