Utama Telco Astro Astro tukarkan penawaran Disney+ Hotstar di dalam Pakejnya kepada Pelan Basic

Astro tukarkan penawaran Disney+ Hotstar di dalam Pakejnya kepada Pelan Basic

238
0

Pelanggan Disney+ Hotstar melalui Astro akan melihat pelan masing-masing akan diturunkan dari Premium ke Basic. Menurut Aksiz, perubahan ini telah mula dilaksanakan sejak dua hari lepas berikutan pengenalan pelan langganan dan harga baharu Disney+ Hotstar awal tahun ini.

Ini bermakna pelan yang mempunyai Disney+ Hotstar di dalam langganan Astro akan kehilangan kelebihan Premium seperti penstriman di dalam 4K, sambungan ke 10 peranti, dan juga boleh membuka pada tiga skrin secara serentak. Pelan Basic pula menawarkan penstriman kandungan sehingga 1080p pada satu skrin sahaja dan boleh disambung ke 3 peranti.

Perubahan ke pelan Basic ini tidak melibatkan sebarang penambahan kos pada pelanggan dengan kadar RM54.90 untuk tiga bulan masih lagi dikekalkan. Sebagai perbandingan, pelanggan yang melanggan terus pelan Basic dengan Disney+ Hotstar ditawarkan pada harga RM24.90 sebulan.

Untuk pelanggan yang ingin melanggan pelan Premium hanya boleh melakukannya secara terus melalui Disney+ Hotstar memandangkan Astro buat masa ini tidak menawarkan pilihan untuk menaik taraf dari Basic. Pelan langganan Premium melalui Disney+ Hotstar ditawarkan pada harga RM39.90 sebulan, RM79.90 untuk tiga bulan dan RM289.90 untuk setahun.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.