Astro telah mengumumkan akses percuma ke platform Astro Go kepada seluruh rakyat Malaysia. Langkah ini dilakukan bagi menyokong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang dilaksanakan bagi mengekang wabak COVID-19.
Sebelum ini aplikasi Astro Go hanya dikhususkan untuk pelanggan-pelanggan Astro sahaja. Kini, melalui pengumuman terbaru ini, pengguna yang tidak melanggan Astro bakal menikmati 22 saluran berikut melalui aplikasi Astro Go:
- Astro Prima
- Astro Oasis
- Go Shop HD RUUMA
- Go Shop HD GAAYA
- Astro Vaanavil
- Makkal TV
- Astro AEC
- GO SHOP Chinese
- TV Alhijrah
- Celestial Movies
- Celestial Classic Movies
- CCTV4
- Astro Xiao Tai Yang
- Astro Awani
- Bernama TV
- Astro Tutor TV UPSR
- Astro Tutor TV PT3
- Astro Tutor TV SPM
- Astro Arena
- eGG
- HELLO
- Cartoon Network
Untuk mengakses ke perkhidmatan platform berkenaan, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan ID Astro yang boleh didapati menerusi laman web Astro Go, atau melalui aplikasinya sama ada di Android atau iOS.
Sebaik sahaja anda membuka laman web Astro Go atau aplikasinya, pilih “A Non-Astro Customer” dan ikuti arahan seterusnya yang tertera.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi Astro.
Bagi membendung wabak COVID-19, sama-sama kita terus kekal dengan amalan sebelum ini iaitu menjaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air dan juga gunakan ‘hand sanitizer’ apabila ketiadaan tempat membasuh tangan.