Astro Connected HD Box

Astro baru-baru ini telah melancarkan sebuah program percubaan pelanggan baharu awal minggu ini. Percubaan ini melibatkan kotak TV baharu yang dikenali sebagai Connected HD Box.

Berdasarkan apa yang dipaparkan di dalam laman web rasminya, kotak terbaru ini menampilkan rekaan yang sama seperti Astro Ultra Box. Ianya cuma berbeza dari segi saiznya yang lebih kecik sedikit berbanding Ultra Box.

Menurut laman soalan-soalan lazim Astro, Connected HD Box membenarkan pengguna untuk merakamkan kandungan serta menontonnya melalui storan Astro Cloud.

Secara tidak langung membolehkan pengguna menonton kandungan secara on-demand melalui kotak TV terbaru ini yang turut menampilkan antaramuka Astro terbaru. Secara amnya, fungsi yang ditawarkan adalah hampir sama dengan Astro Ultra Box, cuma tanpa sokongan 4K.

Bagi pengguna yang berminat boleh mencuba menyertai program percubaan ini dengan syarat:

  • Tinggal di kawasan Lembah Klang,
  • Bukan pengguna Astro IPTV, Astro & Broadband atau pelanggan NJOI.
  • Langganan utama bulanan di bawah RM100 sebulan
  • Menggunakan kotak B.yond HD atau PVR
  • Mempunyai internet jalur lebar di rumah dengan kelajuan melebihi 10Mbps

Setiap peserta program percubaan Connected HD Box juga akan menerima ruang storan Astro Cloud sebanyak 500GB yang bersamaan dengan 200 jam waktu rakaman.

Astro turut menyatakan Connected HD Box yang baharu ini akan terus kekal menggantikan kotak TV Astro pengguna yang sedia ada. Tiada sebarang penambahan kos akan dikenakan terhadap pengguna-pengguna yang berminat untuk menyertai program ini.

Pihak Astro juga tidak menyatakan tempoh percubaan ini bakal berlangsung dan hanya menetapkan seramai 1,000 peserta sahaja yang boleh menyertainya.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi program percubaan ini di Astro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.