Utama Telco Astro Astro menggiatkan usaha membanteras jualan kotak Android

Astro menggiatkan usaha membanteras jualan kotak Android

140
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu telah memutuskan pengharaman aktiviti jualan set kotak Android yang mengandungi kandungan cetak rompak.

Sehubungan itu, Astro Malaysia Holdings Bhd mula memantau kegiatan penjualan kotak Android di platform media sosial dan juga di kedai dalam talian.

Pada tahun 2016, pendapatan hasil dari langganan televisyen Astro pernah mencapai sehingga RM 4.4 billion. Bagaimanapun, pendapatan tersebut telah merosot kepada RM 3.2 billion pada tahun 2021.

Langkah rasionalisasi kos yang agresif

Menurut Penganalisis Maybank IB Research, Yin Shao Yang melalui portal Berita Harian telah menyatakan seperti berikut:

“ASTRO bernasib baik kerana keuntungan bersih teras mengecil 20 peratus disebabkan langkah rasionalisasi kos yang agresif dengan sebahagian besarnya disebabkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli kotak android dengan kandungan cetak rompak semasa menamatkan akaun ASTRO.

“Kotak android dengan kandungan cetak rompak dijual secara terbuka di platform e-dagang dan media sosial,

“Dianggarkan setiap RM100 juta pendapatan langganan diperoleh ASTRO, mewakili RM51 juta anggaran pendapatan bersih teras dan 10 sen kepada harga sasaran (TP) berdasarkan diskaun aliran tunai (DCF) kepada RM1.10.

“Sekiranya ASTRO memperoleh semua pendapatan langganan TV RM1.1 bilion yang hilang lima tahun lalu, walaupun ia agak mustahil, kami menjangkakan keuntungan bersih teras menjadi RM550 juta dan pertambahan TP berdasarkan DCF menjadi RM1.10,

“Kemasukan semula pelanggan TV berbayar memerlukan enam hingga 12 bulan untuk mencapai pulangan modal, namun ia memberi pertumbuhan jangka panjang kepada ASTRO.

“Lebih ramai pelanggan bagi produk berdefinisi tinggi (HD) mendorong pertumbuhan purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) disebabkan bayaran langganan bulanan yang tinggi yang mana menterjemahkan kepada margin yang lebih baik,”

“Namun, kos kandungan lebih tinggi menyebabkan kenaikan 30 peratus daripada jumlah perbelanjaan tunai dan terdedah kepada ketidaktentuan dalam kadar pertukaran asing.

“Kadar pertukaran ringgit dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang tinggi memberi kesan kepada kos kandungan yang mewakili dua pertiga, transponder satelit selain Set Top Box (STB) yang dalam dominasi dolar AS,”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.