Utama Komputer Asgard lancarkan Modul RAM DDR5-4800MHz pertama; Bakal membuat pengeluaran untuk 32GB, 64GB,...

Asgard lancarkan Modul RAM DDR5-4800MHz pertama; Bakal membuat pengeluaran untuk 32GB, 64GB, 128GB

612
0

Asgard, pengeluar memori dari China yang dimiliki oleh Shenzhen Jiahe Jinwei Electronic Technology Co. Ltd telah melancarkan modul memori DDR5 pertama. Boleh didapati dalam kapasiti 64GB, modul memori masa depan ini turut ditawarkan dalam kapasiti 32GB dan 128GB.

Spesifikasi RAM DDR5 baharu ini akan dikeluarkan dalam bentuk frekuensi 4800MHz. Sebelum ini, pengeluar dari Korea Selatan, SK Hynix telah pun menghasilkan modul memori yang boleh dioperasikan pada frekuensi yang lebih tinggi.

Melalui standard memori baharu ini, frekuensi yang mampu dicapai dikatakan sehingga 8400MHz. Lebih dari dua kali ganda frekuensi kebanyakan RAM DDR4 sekarang ini iaitu 3200MHz.

Selain dikatakan hampir 50% lebih pantas berbanding RAM sekarang ini, modul memori DDR5 Asgard juga dilaporkan hanya mengguna voltan DRAM sebanyak 1.1V sahaja. Pemasaan CL untuk modul RAM ini juga hanya pada 40-40-40.

Bagaimanapun, buat masa ini modul memori DDR5 Asgard masih lagi belum memulakan pengeluaran besar-besarannya. Hal ini disebabkan masih belum ada lagi papan induk di dalam pasaran yang menyokong modul RAM baharu berkenaan.

Dijangkakan papan induk jenis berkenaan bakal hadir seiring dengan pengeluaran siri CPU Intel Generasi Ke-12 Alder Lake dan juga CPU AMD Zen generasi berikutnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.