Utama Mobile iOS Apple App Store, iTunes Store dan Apple Music akan guna Ringgit, ganti...

Apple App Store, iTunes Store dan Apple Music akan guna Ringgit, ganti USD untuk Pengguna Malaysia

727
0

Sebelum ini, kesemua tanda harga pada perkhdimatan atas talian yang disediakan oleh Apple seperti App Store, iTunes Store dan Apple Music diletakkan pada matawang Dollar Amerika Syarikat (USD). Pengguna perlu mengira sendiri nilai mata wang tersebut ke Ringgit Malaysia.

Cuma baru-baru ini sahaja yang perkhidmatan dari syarikat yang berpangkalan di Cupertino ini meletakkan tanda harga dalam mata wang Ringgit Malaysia. Perkara ini diumumkan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Apple melalui emel.

Sehingga kini, Apple masih belum menyatakan bila tarikh pelaksanaan penetapan penggunaan matawang Ringgit Malaysia pada tanda harga perkhidmatan App Store, iTunes Store dan Apple Music kelolaan mereka.

-Sumber berita diperoleh dari Lowyat.net, Imej dari Apple

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.