Utama Apple Apple mula beralih guna Cip Memori Samsung selepas AS sekat bekalan dari...

Apple mula beralih guna Cip Memori Samsung selepas AS sekat bekalan dari China

487
0
Samsung LPDDR5 Apple Memory Chip

Apple dilaporkan telah mula beralih kepada Samsung untuk mendapatkan bekalan cip memori bagi pengeluaran telefon pintarnya. Keputusan ini dibuat selepas arahan sekatan bekalan cip-cip buatan China dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada Oktober lalu.

Menurut laporan dari DigiTimes dan Macrumors, Apple pada asalnya merancang untuk membuat perolehan cip Flash NAND 3D 128-lapisan dari Yangtze Memory Technologies (YMTC) bagi tujuan pemasangan iPhone.

Bagaimanapun, rancangan Apple tersebut terpaksa dibatalkan selepas pentadbiran Presiden Joe Biden menyenaraikan YMTC sebagai salah satu dari 30 syarikat yang “tidak disahkan” atau mempunyai lesen untuk berurusan dengan syarikat dari Amerika Syarikat. Malah YMTC juga kini dibawah siasatan Jabatan Perdagangan AS didapati melanggar peraturan kawalan eksport kerana menjual cip kepada Huawei.

Pentadbir AS kini sedang mengenakan pelbagai sekatan terhadap China terutamanya yang melibatkan cip-cip semikonduktor tertentu kerana dibimbangi boleh digunakan bagi tujuan program pembangunan nuklear dan juga teknologi ketenteraan.

Peralihan pembekal cip-cip ini pastinya mampu meningkatkan jumlah permintaan terhadap Samsung dan berpotensi meningkatkan prestasi syarikat secara keseluruhannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.