Utama Mobile Telco TS Annuar Musa: Malaysia sasar tempat ke-2 terbaik ASEAN dalam saingan 5G...

TS Annuar Musa: Malaysia sasar tempat ke-2 terbaik ASEAN dalam saingan 5G dalam tempoh 3 tahun

54
0
Liputan 5G Malaysia
Imej dari nperf

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyatakan menerusi Twitter salah satu keutamaannya dalam pelaksanaan 5G untuk kegunaan komersil di Malaysia.

Ketika ini Malaysia dilihat agak terkebelakang berbanding negara-negara lain dalam pelaksanaan 5G. Oleh itu, banyak perkara yang perlu diselesaikan bagi isu ini.

Menurut beliau, Malaysia perlu mempercepatkan pelaksanaan 5G memandangkan negara-negara ASEAN lain sudahpun mendahului kita.

Tambah beliau lagi, Malaysia mensasarkan tempat kedua teratas dalam persaingan 5G dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Buat masa ini, negara-negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam sudah pun melancarkan liputan rangkaian 5G masing-masing.

Laporan terkini dari Speedtest mendedahkan Malaysia juga ketinggalan dengan negara-negara ASEAN lain dari segi purata kelajuan internet mudah alih.

Imej dari nperf

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.