
Hari Sabtu zaman aku sekolah rendah dulu adalah hari kegiatan ko-kurikulum dan pada hari Sabtu ni perkhidmatan Feri Sekolah dari kem askar tempat aku tinggal tak hantar budak ke sekolah hari tu.
Jadinya, sebagai murid skema yang cemerlang, gemilang dan terbilang, aku tetap patuh arahan pihak sekolah supaya hadir ke sekolah pada hari Sabtu. Padahal, dalam hati aku gerutu juga kerana pada pagi Sabtu ni lebih baik aku duduk rumah je sebab pagi Sabtu la yang ada banyak rancangan kartun best kat TV.
Kebiasaannya, untuk ke sekolah pada hari Sabtu, aku berjalan kaki dengan bebudak kem yang satu sekolah dengan aku. Ikutkan, jaraknya tu boleh tahan juga jauhnya. Dari kem aku di Jalan Tambun hinggalah ke sekolah aku yang terletak di Taman Canning. Tentunya, jalan-jalan pintas akan dipilih untuk memendekkan waktu perjalanan.
Apa yang dirisaukan dengan jalan pintas ini adalah kebimbangan diserang anjing. Walaupun aku tidak pernah dengar cerita budak sekolah dikejar anjing di kawasan Taman Canning, kebimbangan untuk dikejar anjing itu tetap wujud dek kerana ada dikalangan member aku yang sama pergi ke sekolah suka bercakap besar. Malah, pernah juga mengacah-acah anjing di dalam pagar. Tapi setakat spesis kecik tak bahaya macam Chihuahua tu je la yang dikacaunya. Jenis besor macam Rottweiler dan German Shepherd aku tak pernah jumpa lagi kat Taman Canning tu.
Lagipun, waktu tu tak banyak anjing liar berkeliaran di sekitar Taman Canning.
Tapi sekali-sekala menggelabah juga bila disakat member-member lain pasal anjing kejar dalam perjalanan pergi balik ke sekolah tu. Bukan apa, waktu tu terfikir juga, kalau kena gigit nanti sakitnya dah tentu. Nak sertunya pula satu hal. Aku pada waktu tu bukan rajin sangat nak menyucikan diri. Tambah-tambah berkenaan najis mughallazah ni.














haha, aku pernah kena kejar, anjing kecik je pun..takde kempen mampu memadamkan trauma sampai dah besar ni
Sure, memang boleh trauma kalau kena kejar dengan anjing ni. Kalau sampai kena gigit tu, lagilah..
Kakak ada tanda di lutut sampai sekarang gara-gara kena kejar anjing balik sekolah. Masa tu kakak baru belajar naik basikal, konon nak kayuh laju tapi last-last terjatuh. Yg gelihati bila ingat balik bila kakak jatuh anjing pulak berhenti kejar dan lari bila kakak baling batu.
Mungkin niat anjing tu nak bergurau aje kot dengan akak, sebab tu dia stop kejar bila tengok akak terjatuh. Haha
hahaha..niesa pernah kena kejar anjing wpn naik moto…terangkat kaki hampir kena gigit..kihkih…najis berat ni..ahaha
kita tidak membenci anjing sebab dia pun makhluk Allah jg, tapi bila dah masuk dlm kategori najis mughallazah, memang akan lari sekuat hati bila jumpa anjing..walaupun anjing tu kiut-miut..
Anjing liar tu..bahaya la..biasa nya yang kecik2 tu suka ngikut gesel2 kat kaki tu..kalau yang besar dia kejar je.tapi kat rumah saya ni anjimng kecik yang suka kejer 0rang..rasa macam nak cepeuk je tuan nya sebab suka lepas anjing padahal dah tau anjing tu bukan jenis jinak dengan orang .
aku tak takut sangat dengan anjing (sebab tak pernah kena kejaq dengan anjing), aku takut dengan monyet (sebab pernah kena kejaq dengan segerombolan monyet yang ganas)… LoL
saya pernah kene kejar ngan anjing masa tgh berjalan dr kete ke opis..nasib baik la ade cina2 yg keje workshop tlg halaukan..fhuhhhh..jantung kencang rase mcm bru pas abis belari ngan usain bolt..ahahahahahah..
jgn cari pasal bro 🙂
pernah di kejar anjing memang menakutkan
Anjing ni yang buat kita bertambah takut disebabkan hukum. Klu tak, ibarat mcm kita takut dgn ular atau binatang berbahaya yg lain. Hukum tu yg kita kena jaga kan..
sis pernah ada pengalaman anak anjing mengekor sis ke mana saja sis pergi sedangkan kat bus stop tu ada byk lagi manusia … masa tu cuma fikir camna nak cuci najis mughallazah tu … huhuhuuu
Saya mmg penakut ngan anjing.
saya memang takut anjing lebih2 lagi anjing liar..
takde kenangan yang menakutkan dengan anjing tapi perasaan takut dan ngeri tu memang ada..
Ada setengah anjing ni memang suka menyakat manusia. Bengang jugak kalau jumpa anjing macam ni
Area taman sini pun banyak Anjing.Pernah juga ambil jalan jauh masa jalan kaki takut kena kejar anjing
anjing lalu sebelah pun dah ketaq lutut ni kan kalau dikejar