Home Mobile Android Android 12 berkemungkinan guna nama kod “Snow Cone”

Android 12 berkemungkinan guna nama kod “Snow Cone”

12
0

Android versi berikutnya berkemungkinan akan menggunakan nama kod “Snow Cone”, menurut portal XDA. Google buat masa ini tidak lagi menggunakan nama manisan sebagai nama rasmi versi Androidnya.

Namun, nama-nama kod versi Android berdasarkan nama manisan ini hanya untuk kegunaan dalaman sahaja.

XDA melaporkan kod sumber Android 12 akan menggukan pramuka sebagai “sc” atau Snow Cone. Android 11 sebelum ini dirujuk untuk kegunaan dalaman sebagai “rvc” atau Red Velvet Cake.

Google dijangkakan akan menerbitkan mod sebelah tangan untuk Android 12. Kita sebelum ini telah melihat pelaksanaan mod ini dari pelbagai OEM sejak beberapa tahun. Cuma untuk kali ini, ianya dihasilkan terus oleh Google.

Beta pembangunan Google Android 12 dijangkakan akan diluncurkan sekitar bulan ini. Oleh itu, kita akan melihat apakah penawaran terbaru dari Android versi berikutnya ini tidak berapa lama lagi.

Dijangkakan, Android 12 bakal menampilkan perubahan visual besar-besaran pada UI, fungsi perkongsian pantas kata laluan Wi-Fi, sapuan ketikan berganda, gandingan aplikasi dan penambahbaikan tema.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.