AMD baru-baru ini telah mengumumkan CPU mudah alih Ryzen Pro dan Athlon Pro Generasi Kedua untuk kegunaan laptop peringkat pertengahan dan bajet di pasaran.

Berbeza sedikit dengan pemprosesan Ryzen dan Athlon versi desktop, pemprosesan ini mensasarkan kepada kegunaan golongan profesional yang ingin mendapatkan pemprosesan berprestasi tinggi dengan ciri keselamatan tambahan.

Kedua-duanya, Ryzen Pro 3000 dan Athlon Pro 3000 dihasilkan dengan teknik pembuatan litografi AMD 12nm yang sama dengan versi desktopnya. Dari sudut prestasinya, AMD menyatakan CPU-CPU terbaru ini mampu menawarkan jam penggunaan biasa sehingga 12 jam dan main semula video sehingga 10 jam. Apa yang penting, kedua-duanya juga menampilkan lapisan ciri keselamatan yang pada kebiasaannya hanya didapati pada versi desktop.

Secara keseluruhannya, AMD memperkenalkan tiga model CPU AMD Ryzen Pro 3000 dan satu model Athlon Pro 3000. Kesemuanya dilengkapkan dengan teras GPU AMD Radeon Vega Graphics. Berikut adalah model-model CPU mudah alih terbaru AMD yang diperkenalkan:

  • AMD Ryzen 7 Pro 3700U (4-cores, 8-threads, TDP: 15W, Base/Boost: 2.3/4.0GHz, Radeon Vega Cores: 10 @1400MHz)
  • AMD Ryzen 5 Pro 3500U (4-cores, 8-threads, TDP: 15W, Base/Boost: 2.1/3.7GHz, Radeon Vega Cores: 8 @1200MHz)
  • AMD Ryzen 3 Pro 3300U (4-cores, 4-threads, TDP: 15W, Base/Boost: 2.1/3.5GHz, Radeon Vega Cores: 6 @1200MHz)
  • AMD Athlon Pro 300U (2-cores, 4-threads, TDP: 15W, Base/Boost: 2.4/3.3GHz, Radeon Vega Cores: 3 @1000MHz)

Setakat ini AMD tidak memaklumkan tarikh ianya boleh didapati pada laptop-laptop di pasaran. Bagaimanapun, AMD menyatakan pihaknya kini sedang menjalinkan kerjasama dengan pengeluar-pengeluar utama seperti HP dan Lenovo untuk menghasilkan laptop-laptop yang menggunakan CPU Ryzen Pro dan Athlon Pro ini.

Sumber berita diperoleh dari Tech Radar

Tinggalkan komentar