Home Komputer AMD AMD Ryzen 9 3900XT akan tiba Julai ini bersama Ryzen 7 3800XT...

AMD Ryzen 9 3900XT akan tiba Julai ini bersama Ryzen 7 3800XT & Ryzen 5 3600XT

27
0

AMD baru-baru ini telah mengumumkan penambahan baharu siri pemprosesan desktop Ryzen 3000 melalui tiga cip baharu Ryzen 3000XT. Kewujudan cip-cip baharu telah diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dan pernah tertiris senarainya di Amazon Itali.

Secara amnya, cip Ryzen 3000XT menawarkan sedikit naik taraf dari Ryzen 3000X. Misalnya, AMD memaklumkan Ryzen 9 3900XT mampu meningkatkan prestasi setiap bebenangnya sehingga 4% berbanding Ryzen 9 3900X dengan ukuran TDP yang sama.

Dijadual bakal dilancarkan bermula 7 Julai ini, berikut adalah spesifikasi umumnya berserta harganya di dalam mata wang dolar A.S.

Tidak seperti 3000X sebelum ini, hanya Ryzen 5 3600XT sahaja yang didatangkan bersama-sama kipas penyejukan AMD Wraith Spire. AMD menyarankan pengguna supaya menggandingkan Ryzen 9 3900XT dan Ryzen 7 3800XT dengan sistem penyejukan cecair bagi memaksimumkan prestasinya.

Dalam perkembangan yang sama, AMD turut mengumumkan cipset baharu A520. Cipset untuk papan induk ini dijangka bakal menemui pengguna Ogos ini.

Maklumat mengenai cip pemprosesan desktop AMD 3000XT untuk pasaran Malaysia dijangka bakal diumumkan dalam masa yang terdekat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.