Utama Teknologi Kelantan larang penjualan vape, bermula 1 Januari 2016

Kelantan larang penjualan vape, bermula 1 Januari 2016

1524
1

Kerajaan negeri Kelantan tetap dengan keputusan melarang penjualan vape dengan tidak mengeluarkan lesen bagi penjualan rokok elektronik dan vape di negeri berkenaan bermula 1 Januari tahun hadapan, mengikut langkah negeri Johor sebelum ini yang telah pun mengumumkan bakal menguatkuasakan larangan terbabit bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood memaklumkan bahawa para peniaga-peniaga diberikan tempoh selama 14 hari untuk mengosongkan premis masing-masing dari menjual rokok elektronik.

“Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual vape barangan selepas 1 Januari ini.

“Setakat ini peniaga memohon lesen perniagaan barangan elektronik dan lain-lain barangan bagi membuka perniagaan berkenaan,” tambah beliau lagi kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Terdahulu, kerajaan negeri Johor telah mula mengeluarkan perintah larangan penjualan rokok elektronik berkuatkuasa 1 Januari 2016. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang ketetapan berkenaan larangan rokok elektronik dari Kerajaan Persekutuan. Malah, pelbagai reaksi diterima dari orang ramai di mana sesetengah pihak menyokong dan sesetengahnya menentang atas alasan ia mampu mengurangkan ketagihan rokok tradisional.

Semalam, seorang peniaga vape telah ditahan dibawah Akta Racun 1952 di Kota Bharu dan dipercayai ia merupakan kes pertama yang membabitkan rokok elektronik.

Sumber berita diperoleh dari The Malaysian Insider

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.