Utama Apple Kastam China rampas 202 CPU Intel & 9 iPhone dari Penyeludup yang...

Kastam China rampas 202 CPU Intel & 9 iPhone dari Penyeludup yang berpura-pura mengandung

478
0
Kastam China rampas CPU Seludup

Seorang wanita cuba menyeludup sejumlah 202 keping CPU Intel dan sembilan buah iPhone ke negara China dengan menyembunyikannya di bawah perut hamil palsu. Wanita berkenaan ditangkap oleh pegawai kastam China di Pelabuhan Gongbei selepas didapati kelihatan amat mencurigakan.

Kegiatan penyeludupan di sempadan China berleluasa disebabkan oleh cukai import yang tinggi. Sebelum ini terdapat banyak tangkapan dilakukan terhadap individu-individu yang cuba menyeludup CPU dan telefon pintar ke dalam negara China. Untuk model-model CPU premium, harganya boleh mencecah sehingga $100,000 (~RM456,000) seunit.

Rekod untuk CPU yang paling banyak diseludup sekaligus di China kini dipegang oleh sekumpulan pemandu lori yang mempunyai 256 CPU yang dilekatkan pada anggota tubuh mereka. Untuk rekod telefon pintar yang paling banyak diseludup pula dipegang oleh seorang lelaki di China yang cuba menyeludup sejumlah 146 buah iPhone

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.